04 July 2011

Kumohon beradu

Saya perlu tidur awal malam ni kerana terlalu letih ...hari ni masa banyak dihabiskan di atas jalanraya, ke sana sini hingga rasa lenguh badan ni.


Baru je ni pulang dari Klinik Ansar,Nadhirah perlu ambil nebulizer lagi pagi esok , pukul 9 pagi. Nampaknya masuk lambat la saya ke pejabat pagi esok, harap-harap bos memahami keadaan saya.


Nadhirah sudah pun lena, hari ni rasanya seperti seorang kelelahan..tadi ketika di klinik, jam menghampiri pukul 9.30 malam, waktu untuk klinik ditutup tapi nampaknya masih ramai pesakit sedang menunggu. Kelam kabut nampaknya doktor, tengok Nadhirah kejap, lari ke bilik rawatan sebelah untuk check pesakit lain.Tengok doktor pun macam lelah, tapi lelah dia tak sama dengan lelah Nadhirah, lelah dia lelah masyyuuuukkk.


Umar pun dah pejam celik nampaknya tu. Saya pun nak join mereka sekali menganyam mimpi.


Tiada entry lagi untuk malam ni , tiada blogwalking sepanjang malam ni.


Izikan diriku mengundur diri, melelapkan mata sepanjang malam ini.


Wassalam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Aya

    selamat beradu

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. tidur je lah kak aya hee ..gud nite yer..sy baru je berpeluang bw ...selepas melipat kain menimbun

    ReplyDelete