08 July 2011

Pening berpusing di kampung pula

Alhamdulillah saya sekeluarga dah selamat sampai di kampung halaman tercinta.


Banyak betul tugasan menunggu setibanya saya di kampung.


Beginilah kalau tidak cukup tenaga tapi masih lagi teringin nak kenduri.


Serba serbi kelam kabut jadinya.


Apa pun saya berharap segalanya berjalan lancar, Insyaallah.


Sekalipun ini sekadar majlis menyambut menantu, segalanya perlu dipastikan tiada sebarang masalah yang timbul ...tau jelah mulut orang kampung, kalau boleh segalanya mesti sempurna, kalau ada kekurangan mulalah keluar kat ASTRO , CNN segala bagai.

Ada tak sahabat kita yang mempunyai cerita-cerita lucu,suka duka ketika majlis kenduri? Sudikanlah kongsi cerita bersama saya di ruangan komen ye!

5 comments:

  1. zaman sekarang majlis myambut menantu pun diadakan besar2an jugak kan. Kalau dulu ala kadar je :)
    Setiap majlis pasti ada cacatnya...adat lah tu kan :)

    ReplyDelete
  2. kalu kenduri terima menantu belum lah lagi,tapi selalunya ct kalau kenduri, bukan byk menolong sibuk dgn anak aje..

    ReplyDelete
  3. AYA,
    selamat menikmati majlis dan menguruskan kenduri dengan lancar dan jayanya.

    Bila ada majlis sebegini, mulut orang memang takleh ditutup. Apalagi dalam keluarga sendiri. Ada saja yang nak cari silap orang lain.

    Ada juga yang menunjuk pandai, macam dia sorang saja yang hebat, menunjuk lagak pun ada.

    Sebaiknya, kita jujur dan jadilah diri sendiri. Tak perlu berpura-pura.


    Bila Sunyi, AA BERSIHkan Rumah...

    ReplyDelete
  4. mulut org kakaya bukan boleh tutup, mana2 kenduri kendara kecil atau besar emang akan sokseksoksek dibelakang. xpa asal niat kita emang untuk meraikan. asal artis yg buat kenduri besar2 pun org kata hehe...

    ReplyDelete