07 July 2011

Pesanan atau arahan?

Hari tu saya ada bagitau kat sini, bos saya meninggalkan amanat untuk saya siapkan sepeninggalan beliau untuk ke Vancouver, Kanada selama seminggu.


Katanya, nak MINTAK TOLONG ( perkataan  mesra bagi menggantikan perkataan arahan) sambil tangan menunjukkan kepada timbunan document yang tingginya melebihi tinggi saya yang tak berapa cukup tinggi ni.


Itu sebenarnya adalah helaian minit mesyuarat untuk salah satu unit yang paling penting di syarikat saya bekerja. Dan minit mesyuarat yang menimbun tinggi itu adalah bermula dari tarikh awal Januari 2008 hingga 24 June 2011. Bos bermesyuarat sekali seminggu untuk unit ini.


Dalam timbunan ini ada 2 set minit mesyuarat dan lampiran yang sama tetapi satu daripadanya adalah yang telah disahkan, tugas saya mengasingkan antara dua itu, yang telah disahkan simpan di dalam satu kotak, lagi satu SILA BUANG. Oleh kerana ianya bercampur-campur memang berpinar biji mata untuk menyusunnya.



Katanya lagi, sempatlah U siapkan , I tak ada seminggu. ( macamlah saya ni tak ada benda lain nak buat kat ofis tu, sekarang kan closing time, bosss). Kebetulan pula, sepeninggalan beliau saya mengambil cuti separuh hari setiap pagi kerana ke klinik. Bila masuk kerja , saya perlu siapkan kerja-kerja utama saya dulu , makanya terbengkalai la pesanan istimewa bos itu.


Petang semalam baru la berkesempatan untuk memulakan tugas yang diamanahkan itu. Rasa bergelodak dalam dada time menyusun semua tu , ntahla tiba-tiba je rasa macam tu. Mungkin banyak sangat helaian kertas yang perlu dibelek-belek untuk menyusun dan membuang mana yang perlu dibuang.


Sampai ke saat ini, saya dan rakan sekerja lagi sorang( bos suruh saya je tapi saya sempat cari pembantu, t.kasih k.ton ye!) hanya mampu siapkan untuk tahun 2010 dan 2011 je.


Bagi 2008 dan 2009, kami sumbat masuk kotak A4 yang kosong dan akan sambung buat Selasa depan, selepas saya balik bercuti. 


Bos pesan lagi hari tu, untuk minit mesyuarat bermula 2011, letak atas kabinet kat tempat asal tetapi di dalam keadaan siap disusun. Yang lain boleh simpan dalam kotak di tempat lain.


Jadi , untuk 2008 & 2009 tu bolehlah diandaikan sebagai sudah siap di susun ( kalau bos tanya, bolehla bagitau semua beressss) Selasa tu diam-diam la sambung susun semula.


Ada tak pengalaman sahabat semua cover line kesilapan sendiri ketika di pejabat?
Kongsi-kongsikan la kat sini ye!

3 comments:

  1. berpinar jugak mata nak siapkan semua tu ya....tu mcm arahan jer... bila arahan nak tak nak kena buat....kalau di tmpat krja Mp, biasanya guna istilah..'getah masing2..sndiri toreh lah'...hehehe..bunyinya macam kejam jer...

    ReplyDelete
  2. bz sungguh kakaya na minggu nie...

    ReplyDelete