SOGO Pre-sale.

Hari ni bermula Sogo Pre-Sale selama dua hari.


Biasanya kalau ada pre sale gini memang ramai la yang menyerbu Sogo.


Sepupu saya dari Terengganu tidak ketinggalan menjadi salah seorang pengunjung setia saban tahun.


Beliau sememangnya mengumpul duit khas sejak awal tahun untuk tujuan ini.


Sekali beli cukup untuk kegunaan setahun, memang beliau tidak akan beli sebarang pakaian pun sepanjang tempoh tersebut sehinggalah Pre Sale tahun berikutnya pula.


Untuk sepupu saya, bershopping jangan sampai lupa nak balik rumah ye!


Untuk mereka yang lain, membeli belah secara berhemah ye...


Untuk diri sendiri yang tidak berkemampuan berkesempatan ke Sogo, sila lah tunggu sepupu balik rumah petang ni, jamu mata apa yang telah beliau beli .

3 comments :

TinyTini said... [Reply to Comments]

alala comey je part jamu mata tu..tini pun da lama takgi sale kat mane2..bila dah beranak dua ni, kena kurangkan shopping..banyak belanja..ehehe

kasihredha said... [Reply to Comments]

akak jarang ke sogo :)

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Tini - betul tu...kurangkan mana yang patut.

kak kasih - saya pun jarang...no fulus.

Post a Comment