Ally Iskandar Putus Tunang.

Lepas sahur ni blogwalking untuk 10 minit, terpandang kisah Ally Putus Tunang di blog Gua.com.


Terkejut jugak lah tapi apa nak pelik, lagikan orang kawin pun boleh bercerai-berai,kan?


Saya minat Ally sejak dia mula menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan lagi dan kalau boleh nak tengok dia kawin dengan orang yang dia cintai. Sangkakan hubungan pertunangan ini akan dimeterai dengan ikatan perkahwinan, apakan daya Allah itu lebih Maha Mengetahui.


Semoga Ally bersabar dan redha dengan ketentuan ini, pastinya ada hikmah disebaliknya.


Sedikit cerita yang saya petik dari Gua.com:


Hajat pengacara terkenal, Ally Iskandar untuk menamatkan zaman bujangnya pada penghujung tahun ini kini hanya tinggal kenangan apabila ikatan pertunangan yang diikat pada 11 Februari lalu putus di pertengahan jalan.

Ally yang melangsungkan pertunangan dengan Naib Juara Gadis Melayu musim pertama, Nur Aishah Zainal mengesahkan perkara ini ketika ditemui di rakaman program Mentor Raya di Sri Pentas 2, Shah Alam sebentar tadi.

“Kami secara rasmi telah putus tunang pada 30 Julai lalu selepas lima bulan mengikat ikatan pertunangan. Sukar untuk diungkapkan tentang perkara ini kerana ia berlaku bukan dari pertelingkahan yang besar. Apa yang boleh saya katakan, dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada keserasian di antara kami. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat kami sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga.”

“Walaubagaimanapun, prinsip kami berbeza dan keputusan yang diambil ini memang berat untuk kami berdua. Kami sudah cuba cari jalan penyelesaian, tetapi tidak berhasil,” jelas Ally tenang.



Kalau nak baca lebih lanjut, boleh KLIK SINI



Credit gambar untuk Blog BeatifulNara


1 comments :

juanita said... [Reply to Comments]

Orang2 tua sudah bilang
Rahsiakan pertunangan
Hebahkan perkahwinan :)

Post a Comment