09 August 2011

Awalnya lagu raya berkumandang

Pagi-pagi on the way ke ofis, dalam kereta memang dengar radio Suria FM kebelakangan ini.


Pagi semalam, on je radio terus terdengar lagu raya..*dah lupa tajuk apa. Dengar tapi 'tak ada rasa apa-apa pun' dalam jiwa.


Awal sangat kan? belum pun 2 minggu puasa, mood raya belum mai lagi le...kelengkapan raya pun belum ada hu hu. Kalau awal sangat di dedahkan dengan lagu-lagu raya , agak terganggu fokus pada ibadah puasa..* alasan orang lemah macam saya kot!


Saya rasa kalau dah masuk minggu ke 3 tu ok la dengar lagu raya, mood nak balik kampung sudah mari time tu.Wajah-wajah keluarga di kampung dah pun terbayang di mata. 


Hmm bercakap tentang lagu raya, agaknya lagu raya apa yang anda mesti kena dengar tiap-tiap kali nak raya?


Banyak lagu yang saya suka, paling suka lagu Dari Jauh Ku mohon Maaf,dendangan Allahyarham Sudirman.


Lagu lain adalah Dendang Perantau dan banyak lagi la, tak ingat tajuk. Nak nyanyi pun tau sekerat-sekerat aja.

5 comments:

  1. Assalamualaikumu Kak Aya

    saya suka dengar dendang perantau..

    SELAMAT BERPUASA

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. saya suka semua lagu2 raya lama

    ReplyDelete
  3. opis saya pun ramai dah pasang lagu raya hehe...

    ReplyDelete
  4. haha ada lagu rayatp tak byk,tggu dua minggu puasa nti makin kerap la berkumandang..

    ReplyDelete
  5. ye lah kakaya. awal benar rasanya dah on lagu raya. sy lak suka lagu2 raya yang hepi2 dan yg lama.hehe

    ReplyDelete