18 August 2011

Beristighfar untuk hidup yang tenang.

Tulisan yang amat sesuai untuk diri sendiri kala dan tika ini.


Ketika membelek-membelek naskah Harakah tadi, tertarik dengan tulisan TG Nik Aziz tentang istighfar.


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Barang siapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya , Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat penyelesaian daripada sebarang kerunsingan"


Sejuk hati membaca ayat di atas, saya sejujurnya mengakui kerap terlalai dan bila diingatkan dengan kata-kata tersebut, hati jadi sungguh sayu dan amat insaf.


Sambungan daripada tulisan TG lagi.." Jika berikhtiar menghilangkan keruisngan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur secara melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru, ianya akan hilang gatal sejenak, adakalanya dengan menggaru boleh menyebabkan cadar berdarah lantas bertukar menjadi kudis"


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud :"Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT setiap hari sebanyak 70 kali"


Justeru itu kita sebagai manusia biasa yang sentiasa bergelumang dengan dosa, logiknya mestilah memohon ampun dari Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi S.A.W itu.


Kalau dah minta ampun tu, janganlah kita ulangi lagi kesilapan yang sama.


Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta"


Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama.


Wasallam.

No comments:

Post a Comment