17 August 2011

Episod Keras Mata

Keras mata tu pada maksud ayat percakapan mak saya adalah mata tak nak lena.

Itulah yang terjadi pada saya malam ni.

Kalau bukan bulan Ramadhan, pukul 11 malam boleh la dikatakan awal sebab time-time gini la peluang untuk saya mengadap blog . 

Tapi kalau bulan Ramadhan , pukul 10 dah mula lena. Mungkin hari ni bercuti, badan cukup rehat, mata jadi segar.

Anak-anak dan suami dah lama pun lelap. Biasanya suami yang lewat tidurnya, malam ni sebaliknya pula yang berlaku.

Bila sunyi-sunyi begini, terasa rindu dengan ibu di kampung tambahan pula bila bulan puasa begini. Sayu hati rasanya. Balik jarang-jarang sekali, hanya telefon menjadi penghubung.

Baru lagi mak telefon bagitau, tekanan darah naik sehari dua ni. Biasa la bila banyak berfikir, tidur kurang berkualiti , itulah jadinya.


Masalah mak adalah risaukan 2 anak yang tinggal bersama beliau di kampung..anak keluar, dia risau..balik lewat , dia risau...tidur lama, dia risau..semuanya membimbangkan hati seorang ibu. 

Selain terkenangkan mak, malam ni kerja saya adalah menjelajah blog sahabat maya...menelek-nelek website yang menjual handphone dan kamera..ishh itu satu kerja yang berulang-ulang kebelakangan ini, begitulah kalau budget kecik keinginan besar..tak tentu arah jadinya.

Satu lagi kerja malam ni adalah melihat gambar-gambar lama yang tersimpan di dalam PC ni....nostagia rasanya...dulu anak-anak masih kecil, sekarang ni melawan pun dah pandai...masa terlalu laju bergerak.



Kalian semua dah tidur ke ni?



4 comments:

  1. Taaak..tak tido lagi kak aya..Petang lagi sini..hehehe..

    Bila sunyi, mulalah otak pun menerawang terbang ke mana-mana; balik ke zaman silam lah..fikir masa depanlah..macam-macam..Yg pasti, bila tgk album lama anak2, rasa appi kan..?

    ReplyDelete
  2. Ann - betul tu, bila sunyi je memang macam2 datang menerpa dalam ingatan....

    skrg dah 12.37 tgh malam, masih berjaga...

    ReplyDelete
  3. saye pun blm tido lg...entah knp ari ini mate segar bugar la pulak...td mase gi solat tarawik bkn main gantuk lagi..

    ReplyDelete
  4. itu lah kite org pompuan nie mgg byk piker. sy pun camtu gak. nak2 mak2 kite nie byk piker tentang anak2 misalnye.

    ReplyDelete