Masih setia di Selayang Mulia...

Lambat terasa menunggu esok malam untuk bertolak pulang ke kampung, tambah-tambah anak dara sorang tu dah pun selamat berbuka dengan nenek. Seronok katanya berbuka di sana.. hmmm biasalah dia , kalau ada yang melayan dia dengan baik, pastinya dia akan betah tinggal di sana .

Umar tidur awal malam ni , penat pagi tadi temankan mama habiskan duit tunggakan yang baru diterima, hmm tak adalah membeli apa pun sangat, beberapa keperluan yang belum sempat dibeli sebelum ni, soal kehendak di tolak tepi disaat -saat begini.

Petang tadi Umar tolong mengemas rumah , bukan kemaskan apa pun, dia kemaskan semula semua kertas-kertas yang berterabur atas lantai hasil kerja dia sendiri jugak tu. 

Tak ada si kakak, si adik pun malas nak tengok TV sangat, tidur lagi baik.

Beg pakaian sorang satu dah tersedia berhampiran pintu, menandakan tuan punya tak sabar nak balik kampung, normal la tu, semua orang tak sabar nak balik beraya, tak kira la rumah sendiri atau rumah mentua.

Malam ni plannya nak blogwalking, esok buat satu catatan lagi sebelum tutup sementara rumah ni hingga la lepas raya baru buka semula.

Selamat balik kampung pada mereka yang akan memulakan perjalanan malam ni,pandu berhati-hati.




***Gambar ulang tayang pagi Syawal tahun lepas.

4 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

selamat balik kampung aya..hati2 dijalan raya :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said... [Reply to Comments]

salam Aya..Selamat Hari Raya maaf zahir batin dr atie sekluarga.Semoga slmt sampai ke kg yer...

Princess Solehah said... [Reply to Comments]

ingatkan baju raya tahun ni :) Selamat Hari Raya juga k.aya...mohon maaf andai ada kesilapan dan kesalahan yang sengaja atau sebaliknya ya... :)

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

selamat balik ke kg dan salam aidilfitri... tinggal kite je di sini org kl huhu...

Post a Comment