21 August 2011

Mengurai Rindu

Hmm baru aja ni selesai menonton Cerekarama TV3, Mengurai Rindu. Punyalah lama saya tak menonton TV secara serius kerana biasanya ada je gangguan kalau nak menonton cerita kegemaran sendiri. Malam ni mood anak-anak berada di dalam keadaan sungguh baik, sama-sama menonton cerekarama ..


Cerekarama ni agak menyentuh perasaan saya, mengisahkan kerinduan seorang ibu tua terhadap anak, menantu dan cucu yang telah pun meninggal sejak 3 tahun lepas. Dek kerana kerinduan yang terlampau, beliau seperti terlupakan kematian tragis anak beliau sekeluarga, mereka meninggal pada malam raya kerana dilanggar oleh lori ketika berhenti di tepi jalan  kerana kereta rosak . Kerinduan beliau yang tidak berbelah bagi itu menyebabkan orang kampung menggangapkan beliau nyanyuk dan gila.


Apa yang menyentuh hati dan perasaan saya adalah kala melihat ibu tua itu berbuka puasa sendirian lantas mengingatkan saya kepada makcik saya yang selalu berbuka sendirian sekalipun tinggal tak jauh pun daripada rumah saya ni. Ibu saya pun nun jauh di Terengganu bersama adik turut terlintas dibenak dan fikiran saya kala menonton cerita ini.


Di akhir cerita, doa ibu tua minta Allah temukan beliau dengan anak, menantu dan cucu sebelum beliau menutup mata dimakbulkan Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan doa orang yang teraniaya itu adalah cepat dimakbulkanNYA.


Pada petang sebelum raya, ada 3 sekeluarga yang menghadapi masalah kereta rosak tidak jauh daripada rumah ibu tua tersebut dan mereka berbuka, bermalam, beraya bersama-sama ibu tua itu. Sungguh membuatkan kita terasa sungguh kagum dengan kebesaran Allah bila mana mereka sekeluarga itu saling tak tumpah dengan wajah anak, menantu dan cucu ibu itu yang telah meninggal dunia.


Begitulah kisahnya secara sepintas lalu...akhirnya rindu seorang ibu terubat jua.

2 comments:

  1. akak tertidur bila tengok cite ni selama...rugi tak tengok sampai ending.
    Akak tertidur part budak 2org tu tak pose :)

    ReplyDelete
  2. tak tengok pun cerita ni hehe..sbb semalam on the way balik pasir mas pun

    ReplyDelete