06 August 2011

Menu hari ke 6

Baru aja siap masak untuk berbuka nanti, awalkan? Nadhirah la ajak saya masak kuih tepung pelita sama-sama. Oleh kerana ini kali pertama nak mencuba, pastinya tak boleh start lambat, nanti kelam kabut.


Resipi untuk kuih tepung pelita ni saya copy dari blog MYRESIPI.


Buatnya senang cuma rasanya bagaimana tu, kena tunggu waktu berbuka nanti.

Harap-harap sedap rasanya, kalau tak sedap mesti kena kondem dengan Nadhirah.
Untuk lauk pulak , saya masak sup ayam ( permintaan Nadhirah), daging goreng lada hitam dan goreng sayur buncis . Cukuplah , berlebih sangat pun tidak bagus juga.






Air pulak pastinya teh o limau suam dan horlick suam.

6 comments:

  1. akak pernah buat tepung pelita guna daun pisang...macam perahu nak karam jek jadinya hihi
    lain kali kena letak dalam plastik mcm aya buat ni...bestnya lauk...boleh tumpang berbuka?

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnya buat tepung pelita...peberet ramai org nie...hehehe..laukpauk pun best jugak..eh2 skrg baru kul 5pm le dh terliur hehehe

    p.s letak dlm bekas lagi senang nak buat dr kena 'anyam' daun pisang tu huhu

    ReplyDelete
  3. kak kasih - saya yang teringin nak makan kat rumah kak kasih sebenarnya he he...

    ReplyDelete
  4. puan zai - memang best..tak pandai nak letak dlm daun pisang tu..tangan tak cukup kreatif!

    ReplyDelete
  5. Ala kak aya..sedapnyaaaaa....!!

    Ann bab2 kue ni tak brapa nak reti sngt..yg besa2 tu bule la..tapi yg lain2 mcm tepung pelita ka..badak berendam ka..dll yg sewaktu dgnnya tu hurmm...reti makan saje..hehehe..

    xtau nak makan apa arini tuk berbuka..huhu..

    Ish pose2 dok ckp pasal makan..kurus pose..hehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya lauk-pauk kak aya :) terliur juga tengok hehe....

    ReplyDelete