Panduan “ujian saringan perubatan” mengikut usia.

Susah nak ke klinik untuk sekadar membuat pemeriksaan kalau bukan kerana sakit demam. Ini merujuk kepada saya la..itu pun kalau tak demam teruk tak adanya nak ke klinik.

Bila baca Majalah Rapi tentang ujian saringan, terdetik di hati dah lama saya tak buat ujian Pap Smear…

Sebenarnya kalau kita membuat ujian secara berkala, itu dapat mengelak sesuatu penyakit tu menjadi bertambah parah kerana pengesanan awal itu amat penting.

Kanser Payudara.

Boleh lakukan sendiri di rumah secara berkala.
Wanita yang berusia 20 tahun ke atas perlu lakukan pada setiap bulan.
Wanita 30 tahun ke atas, perlu mendapat pemeriksaan daripada doctor setiap tahun.
Wanita yang tidak pernah melahirkan anak, melaihatakn anak pertama pada umur melebihi 30 tahun turun turut berisiko tinggi untuk mendapat kanser ini.

Kanser Pangkal Rahim( servik)
Lakukan pap smear sekali setiap setahun hingga tiga tahun sekali jika berusia 21 hingga 65 tahun.

Penyakit kelamin
 Penyakit ini boleh menjadi salah satu punca wanita sukar hamil dan jika hail mampu memudaratkan bayi yang dikandung.

Gejala penyakit kelamin:

  1. mengeluarkan lelehan dari vagina dan saluran kencing
  2. sakit semasa kenicng
  3. bagi wanita, sakit dibahagian abdomen
  4. bagi wanita, sakit semada hubungan seks
  5. pendarahan antara kitaran haid
  6. bagi lelaki, bengkak pada buah zakar
  7. dema serta sakit kepala dan sakit badan
  8. jagnkitan mata

Dapatkan pemeriksaan segera jika salah satu gejala di atas menyerang anda.
Lakukan ujian saringan jika anda berusia 24 tahun ke atas dan aktif melakukan hubungan seksual.


Kanser Usus
Lakukan ujian saringan apabila usia memasuki 50 tahun atau lebih awal bagi mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang meghidap kanser usus.

Kemurungan atau depresi
Lakukan ujian saringan jika anda mengalami gejala seperti dibawah ini berlarutan hingga melebihi 2 minggu

1.rasa kecea,pututs harapan , sedih dan hilang keyakinan diri
2.rasa kurang keinginan untuk melakukan apa je aktiviti termasuklah keluar bekerja.
3.sentiasa tidak berpuas hati denga kehidupan, keadaan sekeliling dan rakan-rakan.
4.Mudah marah dan beremosi
5.Berat turun mendadak atau naik mendadak tanpa sebarang sebab yang kukuh.


Diabetes
Lakukan ujian saringan  jika tekanan darah anda tinggi iaitu melebihi atau jik anda mengambil ubat tekanan darah tinggi.


Tekanan darah tinggi
Barmula dari usia 18 tahun ,perlu periksa tekanan darah sekurangya 2 tahun sekali.

Kolestrol
Lakukan ujian saringan bermula 20 tahun dan perlu lakukan lebih kerap sekiranya:

1.Merokok
2.Berat badan berlebihan
3.Menghidap darah tinggi atau diabetes
4. sejarah keluarga.

Osteoporosis
 Lakukan ujian saringan apabila usia melepasi 60 tahun dan anda boleh berbincang dengan doctor sekiranya ingin melakukan ujian saringan lebih awal.

Semoga bermanfaat.

SUMBER MAJALAH RAPI

1 comments :

Rozali said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Kak Aya

n3 yg banyak info
terima kasih

SELAMAT BERPUASA

Wassalam

Post a Comment