06 August 2011

Pecah Lemak

Bersenam pada waktu pagi amat sesuai untuk mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.


Ini adalah kerana senaman pada waktu ini membantu mengepam metabolisme tubuh dan mempertahankannya sehingga 24 jam yang akan menggalakan pembakaran kalori sepanjang hari.


Latihan kardio yang dilakukan pada waktu pagidapat memecahkan lemak pada waktu itu kerana otot dan glikogen hati serta karbo yang tersimpan biasanya sangat rendah. Jadi tubuh berada di dalam keadaan bersedia untuk membakar lemak pada waktu pagi.


Hmm kalau hari kerja, memang tak dapat nak agih-agihkan waktu untuk bersenam, bangun dah awal tapi masih jugak gagal nak untukkan khas melakukan senaman.


Padahal bersenam ni bukanlah satu kerja yang terlalu sukar untuk dilakukan tapi kenapa lah puan rohaya ni susah sangat nak buat? Sekarang ni harapkan aerobic sekali seminggu je, mana nak jadi apa..

Wahai sahabat maya sekalian, bagaimana dengan rejim senaman anda?? boleh kongsi-kongsikan?









1 comment:

  1. Bab senaman ni,saya pun sama, susah sngat nak lekat....skli dalam smnggu pun liat...hehehehe...lepas tu brangan nak kurus....

    ReplyDelete