09 August 2011

Persiapan Raya - masih sifar

Tadi masa di pejabat, sementara menunggu signal untuk balik, sempatlah belek-belek file budget yang sememangnya sentiasa ada di dalam file Excel kat pejabat tu.


Sebelum raya ni dengarnya akan dapat bonus tapi hutang sedia ada dah siap sedia menunggu - belum tentu bilanya akan dapat bonus tu.


Plan nak tukar langsir tahun ni sebab sejak pindah sini 5 tahun lalu, tak pernah berganti walhalnya ada beberap tingkap je - tak tau la dapat dilaksanakan atau tidak plan yang ni.


Plan juga nak beli handphone baru satu. Terlalu ketinggalan rasanya kalau dibandingkan dengan teman-teman maupun ahli keluarga yang lain - impian ni mesti dilaksanakan!


Pakaian raya, kuih raya, duit raya, minyak dan tol untuk raya - semuanya perlu dikirakan .


Nampaknya kena betul-betul buat list yang sebaik mungkin untuk padankan dengan modal yang ada.


Sahabat semua dah lengkap ke persiapan raya tahun ni? Ada orang suka siapkan awal-awal sebelum puasa, bila bulan puasa rileks je, ada yang suka last minute baru nak beli itu ini.


Mungkin akan ke Jalan TAR weekend ni untuk beli apa yang patut, sebelum betul-betul Ramadhan tiba di penghujung, time tu banyak yang dah habis dijual.


Sahabat semua suka bershopping di mana ye kalau nak raya macam ni?


5 comments:

  1. sy pun zero..last minit br beli baju raya.hehe..

    ReplyDelete
  2. saya juga belum buat sebarang persiapan wahai kakak..

    ReplyDelete
  3. rine suka sopink kat sogo kalau baju anak2.. tak pun jusco.. and for sure.. mesti gi jalan TAR.. wajib tuh.. sebab nak beli tudung.. banyak choices sikit kak aya

    ReplyDelete
  4. wah byk btol bnde yg dibeli ni..klo cmtu, sblom rye lg dh hbes duit rye yg kjaan bg tu..selmt berpuase n slm ramdhan la ye kak...

    ReplyDelete
  5. salam kakaya. mcm sy soping sebelum raya (tggu gaji jugak huhuhu). sama la buat budget tu mesti.

    ReplyDelete