Rusuhan di London - pelajar mara tercedera

Sekarang ni macam-macam cerita tentang keganasan yang kita dengar dan tengok. 


Kat Malaysia ni dengan cerita potong, kelar, kerat, bunuh dan apa saja bentuk keganasan yang menyebabkan kita rasa seperti tidak selamat.


Semalam berita dari London pula tentang rusuhan yang berlaku disana. Saya ada menyusuri beberapa laman web untuk mencari berita tentang perkara ini.


Pelajar kita, Ashraf yang tercedera sedang di rawat di Royal London Hospital. Kalau nak tengok gambar beliau, boleh KLIK SINI.


Menurut apa yang saya baca di Malaysia Todaypelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London. Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaan itu.


Menurut jiran belakang rumah saya yang sekarang tinggal di London, beliau dan keluarga semuanya selamat dan tidak menghampiri kawasan kejadian.


Semoga segalanya cepat berakhir dan semoga Allah Melindungi semua yang tidak berdosa.


2 comments :

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

semoga tidak berlanjutan dgn lama keadaan camnie

cIk PikA said... [Reply to Comments]

takut bler tgk berita...

Post a Comment