12 September 2011

Alahai anak-anak mama..

Alkisahnya adalah tentang duit raya yang anak-anak saya terima sepanjang musim raya ni, ada lah lebih kurang rm100 sorang kot, belum betul-betul kira lagi memandangkan musim raya belum berakhir.

Minggu lepas....

Nadhirah: kalau duit raya ni dhirah bagi mama untuk mama pergi spa, ok  tak?

Mama :  tak apalah, simpan je dulu duit tu, esok-esok nak guna untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

semalam...

Nadhirah: duit dhirah ada seratus je, kalau nak hantar mama pergi Slimworld agaknya kena tambah berapa lagi?

Mama : bukan murah nak ke sana, kena ada ribu-ribu baru dapat pergi.

Nadhirah : maknanya kena tambah 900 lagi la untuk mama ke sana.



petang ni..

Umar : eh banyak la duit raya Umar ni..

Mama : bagi abah, biar abah masukkan dalam bank ...

Umar : nak kena bagi mama ni, sebab mama selalu tak ada duit.. ( sambil bangun menuju ke handbag mama)

Abah : ehh Umar nak ke mana dengan duit tu?

Umar : nak masukkan dalam beg duit mama.

Mama yang tengah masak kat dapur rasa sungguh-sungguh terharu dengan sikap 2 anak ini.

Semoga sampai bila-bila mereka mempunyai sifat sayangkan ibu bapa dan juga orang-orang tua.



8 comments:

  1. baiknya..terharu jadi nya.
    semoga mjadi anak yg solleh dan sollehah ..amin.

    ReplyDelete
  2. kak kasih - tinggi nampaknya harapan anak dara saya nak tengok mama dia kurus!

    ReplyDelete
  3. kak aya.. terharunya.. baik2 dorang semua ni.. hehehe

    ReplyDelete
  4. sejuk dgr kata2 anak gini kan sis...
    terharu je....
    smoga anak2 kita menjadi anak2 yg soleh & solehah lah kan...

    ReplyDelete
  5. Kak Aya,
    Kalau anak2 saya buat begitu, mesti bapak mereka jeles .. hehehe.

    ReplyDelete
  6. ALHAMDULLLILAH..semoga sifat murni anak2 kita sentiasa berkekalan sampai bila2.

    ReplyDelete