Bara Cinta Ramadhan

Baru je selesai menonton cerekarama TV3, Bara Cinta Ramadhan...menonton sorang-sorang je, orang lain semua dah lena sejak pukul 9 lebih lagi.


Tiap kali iklan stop buat kerja rumah, lepas tu sambung tengok cerita semula.


Kisah cerekarama malam ni bagi saya adalah biasa-biasa je, pengakhirannya pun dah boleh dijangka.


Kenapalah kalau cerita-cerita raya je mesti sedih-sedih je diakhirnya?


Tak pasal-pasal menitiskan airmata walaupun sejak awal cerita dah cakap last-last nanti suami dia mesti mati accident..


Cerekarama yang mengisahkan antara kemahuan si ibu dan kemampuan si suami.


Suami tak mampu nak menyediakan kelengkapan melebihi seadanya kepada anak isteri menimbulkan rasa  tidak puas hati pada si ibu.


Bermula dengan sejarah perkahwinan yang tidak secantik jalan hidup si adik, perjalanan hidup si kakak begitu sempit sekali.


Apa pun, cerita ini tetap ada pengajarannya. Jangan meminta lebih daripada kemampuan suami. Kita perlu taat pada suami melebihi taat pada seorang ibu.


*** ada tak yang turut menonton cerekarama ni tadi?

12 comments :

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

ramai je isteri yg tak soleheh yg berperangai buruk camtu kak aya..suami tak mampu minta itu ini.akhirnya kalau suami mls nk bising2 dia berhutang tuk tunaikan hajat isteri.sian kan?

Kak Aya said... [Reply to Comments]

LM - betul tu....tambah2 dugaan material ni terlalu besar, mcm2 keinginan...nasib baik kita-kita ni masih lagi tau batas2 keinginan.

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

ikut jugak cerita nie tadi.mmg duit itu penting tmbh2 dlm zaman sekarang.tp klu suami tak mampu nak buat macam mana.jgn diminta apa yg melebihi kemampuan.sikap mak mertua dia tu yang patut dijadikan sempadan..

kasihredha said... [Reply to Comments]

tengok setengah jalan je aya...tapi kesian kan :(

Amy Amira said... [Reply to Comments]

saya tgk semalam,mmg sakit jiwa je tgk mak mertua dia tu!!!!

sal said... [Reply to Comments]

lama tk tengok cerekarama..
pelakon2 baru pun dah ramai yg tak berapa kenal..

cerita macam tu bnyk terjadi dlm masy kita ye..maklumlah sekarang dunia materialistik..

Kak Aya said... [Reply to Comments]

puan kutu - betul juga tu, sikap mentua tu perlu dijadikan tauladan...ramai mentua yang mcm tu...sebab terlalu sayangkan anak atau sb memang memandang pd material semata?

Kak Aya said... [Reply to Comments]

kak kasih - ye kesian, menangis2 saya seorang diri kat depan tv hu hu terlebih penghayatan

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Amy - memang lah rasa nak tutup je mulut dia..

Kak Aya said... [Reply to Comments]

sal - betul...cerita yang memang wujud dalam masyarakat kita....tak susah nak jumpa situasi sebegitu.

Princess Solehah said... [Reply to Comments]

tak sempat tengok cerekarama yg terbaru ni. biasanya saya akan tonton semula kat youtube aja

Anonymous said... [Reply to Comments]

Saya menonton drama ni juga. Pada pandangan saya, jalan cerita ni terlalu biasa.. saya mengharapkan ending yang lebih bermaruah. Watak mak mentua metrialisitik.. ada asasnya juga sebab, watak Malek tu dikatakan bekerja 'driver lori'. Wataknya nampak seorang suami & bapa yang bertanggungjawab.. cuma dia tak berwang. Kenapa dia tak boleh beli baju raya, kuih raya (for many years).. sedangkan kawan dia boleh. Kawan dia nampak steady je, boleh bagi pinjam duit etc. Watak Malek ni bagi saya un fair. As if driver lori ni teruk sangat - I dont knowlah.. tapi pada pemerhatian saya tak sepatutnya watak digarap sebegitu rupa.. dah lah duduk free... Sepatutnya dikembangkan.. jangan matikan watak ni secara tak bermaruah.. 'miskin, hina dan berhutang" kesian. Watak isteri tu pulak.. asyik sedih je.. mcm baru lepas nangis je. Saya rasa, isteri yang baik bukan sekadar kena ikut kata saja. Tapi dia kena jadi pendukung suaminya.Dalam cerita ni, isterinya pada awalnya digambarkan sebagai isteri solehah/mithali... (tapi dengan muka sedih 24 jam menunjukkan sifat tak tabah). Isteri yang baik memberi kekuatan pada suami. Watak isteri diberikan, duduk rumah, sidai kain bb helai... pastu termenung sana sini. Kenapa tak tunjukkan isteri tu berusaha sikit.. dah tak mampu beli kuih raya.. buatlah kuih. Drama Melayu kena perubahanlah. Tak perlu bila watak sedih tu 24 jam muka sedih. Sesetengah drama luar yang bagus2, kesedihan tu dia tunjuk secara close up.. Masa tu lah pelakon tunjukkan emosi.. penonton boleh faham perasaan watak2 tu.. tapi tak perlu sampai sepanjang masa takde muka ceria. Bila kena desakan je sikit.. watak utamanya mati.. so orang kesian. Begitu je lah ending drama melayu.. saya tak puas hati.

Post a Comment