21 September 2011

BOB LOKMAN - Hijrah diri ke arah kebaikan

Tengah hari tadi , Bob Lokman ada datang memberi ceramah ringkas di surau ofis saya.

Agak teruja jugalah nak mendengar ceramah beliau, sayangnya masa sangat singkat untuk beliau berceramah lebih panjang.

Walaupun ramai yang teruja , ada juga yang awal -awal lagi menyatakan tidak berminat untuk hadir kerana penceramahnya itu adalah orang PAS. Hangat juga hati sekejap mendengar alasan itu tetapi itu masing-masing punya pendirian, apa kita boleh buat.

Dalam ceramah ringkas beliau tadi ada diceritakan serba ringkas kisah penghijrahan beliau, sebab dan mengapa beliau memilih untuk berhijrah. Atas niat untuk hidup bahagia selepas mati membuatkan beliau berhijrah. Dihuraikan serba sedikit tentang kebimbangan beliau melihat cara pembesaran anak-anak beliau dengan kemodenan dunia sekarang.

Ada diceritakan tentang riak halus yang kita sering tak perasan, seperti bangga dengan pakaian yang dipakai, kereta yang dipandu, rumah yang didiami, tempat bercuti dan sebagainya.

Cerita tentang kepercayaan kita atas kewujudan Allah. Tujuan dan matlamat hidup yang akan menentukan kita memilih jalan yang diredhai Allah atau sebaliknya.

Itulah serba ringkas ceramah beliau, dalam masa 30 minit je ceramah itu namun cukup memberi pengajaran kepada kami yang hadir. Sebenarnya penuh ruang solat tadi walaupun ada yang tidak berminat.

Seperti kata Bob, jangan kita memandang siapa yang bercakap tetapi dengar apa yang dicakapkan, usah membuta tuli mengikut apa yang dicakap tetapi cuba halusi dan rujuk kepada yang lebih arif sekiranya kurang yakin.

Sekadar perkongsian bersama.

4 comments:

  1. salam aya.Alhamdllh,Bob Lukman diberikn hidayah tuk kembali ke jalan ALLAH...setelah bergelumang di persada seni yg kita tau camna cara hidup mereka...

    ReplyDelete
  2. hamboi.. kalau PAS je terus tak mo dengar.. kenapa nak campur adukkan politik dengan agama.. hmm.. haru

    ReplyDelete
  3. terima kasih k.aya kongsi ilmu dialam maya. Walau pun sikit yg dikongsi tapi jika terkesan dihati sesapa yg baca blog k.aya ni, tuan punya blog tetap ada bahagian ganjarannya insyaalah.

    ReplyDelete
  4. Atie - betul tu, semoga kita turut mendapat hidayahNya.


    Chekgu - peliknya kalau PAS je depa boikot konon cmapur aduk politik dgn agama, parti lain boleh je.


    LL - mana yang boleh dikongsikan , apa salahnya kita berkongsi kan?

    ReplyDelete