24 September 2011

Cinta Elysa - Fasha Sandha dan Johan Arif

Tadi tengok TV3 gazet untuk episod seterusnya drama 'Cinta Elysa' lakonan Fasha Sandha, rupanya dah masuk episod 2 dah...masa gazet episod 1, hati macam berminat nak tengok drama bersiri ni..kononnya la..


Dah lama tak ikuti drama bersiri kecuali Kasih Alia yang baru berakhir minggu lepas, itu pun takat tengok ketika buka puasa dan beberapa siri selepas raya.


Berdasarkan daripada gazet yang ditayangkan, saya dapat agak lama-lama si Fasha tu akan jatuh cinta jugak dengan si Johan. tu.. hmm mungkin macam kisah-kisah cinta yang selalu dipaparkan sebelum-sebelum ni juga.


Mula-mula benci tak ingat punya, lepas tu baru la mula sayang, jatuh cinta dan timbul la lain-lain problem.


Oleh kerana waktu tayangan sekitar 9 malam, time tu masih belum siap lagi dengan kerja rumah, sukar sikit la nak fokus pada TV. Berebut dengan kain baju, makan malam, kerja sekolah anak, temankan anak tidur ..sedar-sedar dah habis drama.


Bila dah ada masa, terus laju on PC untuk layan blog pulak, memang sampai sudah la tak ada can nak fokus pada drama bersiri. 



*** ada ke yang dah mula mengikuti drama bersiri Cinta Elysa ni?

2 comments:

  1. sy tengok sbb nak tgk johan tu berlakon..heheh..muda lagi tu..

    ReplyDelete
  2. sy tgk sbb nk tgk johan tu je..hehe...

    ReplyDelete