10 September 2011

Cukai 6% untuk prepaid dan pek baru...tak setuju!

Sehari dua ni kita asyik dengar berita tentang cukai 6% ni kat mana-mana je.


Saya secara peribadi memang tak setuju la dengan cukai ni, terlampau tinggi, tiap minggu kena tambah nilai prepaid, kalau dah tiap kali tambah kena charge 6%, mau cukup bulan pandang kad prabayar tu je la kalau rasa lapar. Itu kalau bicara pasal belanja untuk top up je, belum masuk lain-lain keperluan.


Kenapa sekarang ni rasa makin terhimpit terbeban dengan segala kenaikan , caj itu ini..kenaikan gaji hanya 5% setahun ( di syarikat saya bekerja), dengan kenaikan 5% memang sejujurnya tidak mampu menampung kos kehidupan yang sentiasa meningkat .


Tadi ada dengar PM kita cakap minta kaji semula caj 6% tu..ntah la, kita ni orang-orang kecil yang tidak mempunyai pangkat dan kedudukan hanya mampu menerima segala keputusan dan pendek kata, tiap kali hadapi masalah kenaikan harga barang, caj, kita hanya mampu bersuara dan kemudian kita sendiri kalah dengan situasi, ini merujuk kepada diri sendiri. Mula-mula memanglah angin je tapi lepas tu kita pun ikut je lah arus kehidupan.


Panjang pulak membebel malam ni, mungkin sebab perut terlalu kenyang makan nasi lemak dan nasi impit sepanjang hari ni. 


Agaknya ada ke yang setuju dengan caj 6% ?

4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Aya

    kita yg pilih pemimpin
    kalau agak mereka tak mampu kita tukar ajer, cuba yg lain pula....

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. tak setuju

    lagipun kerajaan pun tak suruh naikkan.. dorang pihak telco suka2 naikkan.. hmm..

    nasib la pemakai prepaid

    ReplyDelete
  3. kak lang - betul tu.

    rozali - betul sangat2 tu....dah lama nak tengok perubahan tapi ramai yang tak nak tukar.


    chekgu - telco sengaja ambik kesempatan!

    ReplyDelete