29 September 2011

Hans Isaac dengan Neelofa rupanya, susah-susah fikir..

KREDIT  GAMBAR UNTUK OHBULAN.COM



Siang tadi baca Metro, di ruangan gossip ada cerita mengenai pelakon wanita yang sedang meningkat naik dan pelakon lelaki muda bergelar pengarah yang agak berusia berbanding pelakon wanita terbabit.


Menurut ruangan gosip tersebut, seorang saksi terserempak dengan kelibat 2 selebriti ini yang begitu romantik persis pasangan kekasih di sebuah kompleks membeli belah di Damansara, baru-baru ini. Kelihatan kedua-dua selebriti ini berpegangan tangan, manakala si wanita pula begitu manja melentokkan kepalanya di bahu sang pengarah itu


Alahai, macam tak ada kerja pulak saya ni, nak pecah-pecah kepala fikir siapa mereka tu buat apa la...time tu sebenarnya dah lepas waktu kerja, belek-belek Metro kawan ofis yang ditinggalkan atas meja, sempat la baca ruangan gossip artis.


Hmmm terpulanglah kat mereka, nak bercinta ke apa...dah besar panjang semua , fikir sendiri le.

No comments:

Post a Comment