18 September 2011

Jatimas -Oval Dumb Waiter

Inilah oval dumb waiter, saya panggil meja bujur je....

Semalam ada jemputan openhouse di Jatimas Selayang Baru, saya ke sana bersama makcik, Nadhirah dan Umar.

Makan nasi kerabu dan nasi himpit beserta kuih muih.

Kalau ke sini , tak sah kalau tak cuci mata, jumpa yang berkenan di hati dan kena dengan bajet memang pasti terbeli.

Kali ni, saya memang tak beli apa walaupun ada keinginan cuma makcik saya tewas pada keinginan, puas dipujuk hati dan selepas penat berbolak balik, akhirnya dia beli jugaklah meja kat atasu tu.

Saya turut berkenan cuma bukan masanya untuk saya membeli di saat ini kerana saya tau kalau beli pun belum saya gunakan ...simpan dulu bagi berhabuk ...ntah bila nak betul-betul susun dan hias elok-elok..

Makcik saya memang pencinta perabot jati..setakat ni dah ada beberapa perabot yang biasa-biasa je harganya telah menjadi milik makcik saya tu.

Lepas ni mesti ada lagi yang menjadi wish list dia...kita tunggu je la.




*** kawan-kawan suka perabot kayu atau perabot fabrik?

7 comments:

  1. kalau pandai jaga ok je kak aya..hehe.tp klu tempat duduk tu kenalah ada kusyen, sbb saya ni sakit punggung la duk tak beralas.

    ReplyDelete
  2. LM - orang kurus memang sakit punggung duduk tpt tak ada kusyen, tp kak aya ni ada kusyen semulajadi he he.

    ReplyDelete
  3. dua2 pun suka
    makcik aya rupa sama dgn aya
    ada meh

    ReplyDelete
  4. kak kasih - anok sedara dgn mok sedaro mesti ada meh... rumah kak kasih mesti byk perabut kayu ni...

    ReplyDelete
  5. sangat suka perabot antik like jati.. tp kalau utk rumah saya.. saya nak yg simple je.. even mahal sbb jati..design dia mesti simple je.. takmo berkewrawang2.. huhu

    ReplyDelete
  6. kakaya, br dpt tgk wajah makcik kakaya secara dekat...serupa lerr...

    ReplyDelete
  7. chekgu - sama la , tak minat yang berkerawang2, nampak mcm mistik je he he.


    puan zai - he he ramai kata kami serupa.

    ReplyDelete