24 September 2011

Joyful Art - Fokus terbaru Nadhirah dan Umar

Buku ni baru je beli semalam, sorang satu. Nanti tak adalah yang bising-bising mengadu adik kacau buku kakak. Jadi si kakak tolong belikan untuk si adik sekali. 

Dapat je buku ni daripada Nadhirah, konon hadiah la tu daripada seorang kakak...Umar  terus mewarna, cari lukisan yang dia suka dulu, mula-mula Ben 10, kemudian Doraemon.

Nadhirah pulak melukis dulu, kemudian baru mewarna. Biasalah perempuan ni lain sikit kalau nak compare dengan lelaki, perempuan mesti nak tengok-tengok dulu, cuba-cuba lukis, kemudian baru la mewarna.

Dalam buku ni ada di ajar cara-cara untuk melukis dengan mengikut arahan yang diberikan dalam bentuk lukisan.

Agak menarik untuk kanak-kanak seusia Umar dan Nadhirah.




Kakak punya!

Dah tentu la Umar yang punya.

6 comments:

  1. Anak permpuan saya suka mewarna, hari2 mewarna.. tapi abangnya kadang2 je..

    ReplyDelete
  2. pandai kakak mewarna.anak sy klu bab mewarna dan menulis mmg malas.nak beli buku cerita jer..hehe

    ReplyDelete
  3. zefa - budak lelaki kurang suka kot tumpu pd kerja2 seni gini


    norh - kakak memang suka mewarna ketika usai 3-4 thn lagi


    puan kutu - masing2 ada hobi tersendiri, baca buku cerita pun ok...bagus untuk pengetahuan

    ReplyDelete
  4. kak aya, beli dari mana ye buku ni? kalau boleh saya nak dapatkan satu untuk anak2 saya

    ReplyDelete
  5. @MommyNurada pengedar buku datang jual buku ni kat sekolah Nadhirah

    ReplyDelete