Kasih Alia

Sejak bulan puasa kami sekeluarga 4 orang ni menunggu siaran drama ni tanpa jemu. Satu sejarah kerana ketua keluarga rumah ni sebelum ni tak pernah pun berminat dengan mana-mana drama bersiri Melayu, alih-alih bila mula tengok drama Kasih Alia ni , dia dah jadi macam ketagih pulak.


Sejak lepas raya, baru petang ni kami dapat sama-sama luangkan masa untuk menonton siri seterusnya drama Kasih Alia ni, biasalah dah mula balik kerja lewat sejak lepas raya.


Drama ini mengisahkan Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.

Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.

Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha dan telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.

Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.

Sehingga episod petang ni, Kasih masih belum mengetahui adiknya, Qabil masih hidup. 


Kepada yang tak pernah menonton drama ni, masih sempat untuk menonton siri akhir minggu depan.


Kredit gambar untuk Murai.com


6 comments :

Rtp Farra Arisha said... [Reply to Comments]

cerita ini sesuai untuk tontonan semua kan?? overall, it's quite interesting to watch!

kasihredha said... [Reply to Comments]

akak sesekali je tengok sebab waktu puasa hari tu...sibuk nak berbuka puasa. Hari ni baru dapat tgok dari awal hingga akhir...tu pun kena sound oleh suami sbab lambat solat gara2 tgok cite ni...hihi
Siapa yang berlakun jadi zulaikha?

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Rtp Farra Arisha - betul tu memang sesuai untuk seisi keluarga.

Kak Aya said... [Reply to Comments]

Kak Kasih - zulaikha tu lakonan Zarina Zainuddin

( maintain muda je nampaknya dia tu)

amaniammar said... [Reply to Comments]

huhuu,,

sama dgn sy n suami...pun tertunggu episode seterusnya,,klu da DVD sure sy beli....

Princess Solehah said... [Reply to Comments]

ada juga tengok cerita ni tapi tidak hari-hari :)

Post a Comment