16 September 2011

Kesan Obesiti- Carian Popular



Boleh dikatakan setiap hari keyword "kesan obesiti" digunakan untuk sampai ke blog saya ini.

Nampaknya ramai orang yang mencari info tentang obesiti. Dan pastinya ramai yang menghadapi masalah obesiti.

Saya masih lagi di dalam kategori obesiti dan semakin bertambah tahap obesitinya.

Kalau melihat pada gambar raya yang terbaru, kelihatan muka saya seperti sembab.

Oleh sebab itu la, malas saya nak upload gambar raya dan sewaktu dengannya.

Apa yang ketara pada diri saya sejak mengalami obesiti adalah sakit lutut dan sakit pergelangan kaki yang agak serius. Saya tak boleh nak berdiri terlalu lama dalam satu tempoh masa , kalau berdiri lama sikit je memang sakit sangat pada pergelangan kaki.

Badan cepat berpeluh dan semestinya akan cepat berbau ( suatu perkara yang memalukan tetapi salah satu info yang bermanfaat untuk dikongsi). *** mengundang rasa malu yang teramat kalau tak dapat dielakkan.

Selain itu, saya cepat terasa mengah bila buat sesuatu kerja yang memerlukan tenaga yang lebih.

Tidur pula diiringi dengkuran yang mengganggu halwa telinga orang lain.

Sentiasa malas dan mengantuk.

Masalah penghadaman turut terganggu, menjadi agak sembelit dan jika tidak dapat air mencukupi boleh mengakibatkan sembelit yang teruk hingga berdarah.


Dan...yang pasti perasaan rendah diri semakin mengawal kehidupan.

Setakat ini , semua kesan di atas masih membelenggu hidup saya.

Saya tak tau bila semua ini akan berakhir kerana setiap usaha untuk membanteras masalah ini masih lagi tersangkut-sangkut.

Tentu tak sukar nak mencari yang mana satu saya.....

2 comments:

  1. akak pun sama
    makin naik jer
    bila nak turun tak tau le

    metabolisme kita dah turun agaknya

    ReplyDelete