Lagenda Budak Setan

Malam ni saya menonton filem Lagenda Budak Setan di Astro Ria. Saya adalah salah sorang peminat novel tulisan Ahadiah Akashah. Rata-rata novel beliau telah pun saya baca.


Menonton filem ni tak seseronok membaca novel dan kepuasan lebih terasa selepas membaca keseluruhan novel berbanding menonton, mungkin penghayatan lebih ketika membaca .



Saya membaca novel Lagenda Budak Setan ni lebih kurang 10 tahun lampau, cerita cinta Kashah dan Ayu begitu meninggalkan kesan pada emosi saya ketika itu, maklumlah ketika itu masih bujang trang tang tang lagi, mudah aja tersentuh hati. Jumpa je part sedih, meleleh leleh air mata .



Malam ni ketika menonton, saya tidak lah terasa seperti kala membaca novel tersebut 10 tahun lepas. Mungkin perasaan sedih sudah berkurangan kot. Apa pun saya tetap terhibur dengan filem ini , mungkin gandingan pelakon Lisa dan Farid adalah kesukaan saya.

p/s:Menunggu kot-kot ada yang nak adaptasi filem dari novel Norhayati Berahim.

1 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

akak tak pernah baca novel dia...
tapi akak cukup tersentuh waktu kat kubur tu...farid kamil & Que haidar sama2 menitiskan air mata...rasa berat dada ini huk huk

dan syok tengok part farid kamil peluk gambar dgn espresi wajah yg "kosong"
syok giler kalau ada yg sayang kita mcm ni kan..hihi

Post a Comment