27 September 2011

Majalah Anjung Seri October 2011

Saya ni suka sangat dengan Majalah Anjung Seri tapi tidaklah membeli setiap bulan, kadang-kadang beli, kadang-kadang tidak .
Keluaran Terbaru, Oktober 2011

Sebahagian koleksi sejak dulu-dulu

Kononnya beli majalah ni sebagai bahan rujukan la untuk menghias rumah tapi sampai saat ni rumah saya masih lagi tidak berhias. Sabtu Ahad kemas elok, masuk Isnin hingga Jumaat, macam tongkang pecah.

Tapi tak apalah kan, sekurangnya dah ada bahan rujukan boleh lah rujuk bila-bila perlu.

Saya suka sangat dengan ruangan" Sentuhan Peribadi" di dalam majalah ni .Pelabgai gaya hiasan ditonjolkan. Saya sukakan gaya Inggeris yang agak sederhana, bukan keseluruhannya Inggeris.

Manakala suami pulak sukakan gaya moden. Dek kerana pertembungan minat agaknya, rumah kami tidak bergaya ala apa-apa pun hi hi...


Ni salah satu rumah yang terpilih untuk ruangan 'Sentuhan Peribadi' dengan hiasan ala Inggeris, kemas je rumah ni, walaupun tuan rumah ni mengasuh 6 orang anak jiran yang masih kecil. Tabik spring la pada akak ni.






Cantik kan? Sejuk je mata memandang...

** kawan-kawan suka menghias rumah dengan gaya apa?Apa-apa gaya pun yang penting adalah kekemasan dan keselesaan untuk semua orang terutamanya bagi anak-anak.

2 comments:

  1. Rumah saya henglish juga (tapi ala2 aje.. mix n match sebenarnya).. dulu sy pun suka kumpul AS. Sekarang, intai dekorasi dr blog kawan2 je.. :D

    ReplyDelete
  2. saya pun suka anjung seri tp rasanya keadaan rumah tak berapa nak anggun

    ReplyDelete