12 September 2011

Malas datang bertamu

Bangun sejak pukul 5 lagi tapi satu apa pun tak buat.


Perut penuh berangin, agaknya hujung minggu ni dihabiskan dengan pelbagai jenis makanan.


Rasa seperti nak MC tapi hari ni ada satu kerja penting perlu diselesaikan di pejabat.


Pakaian kerja dan baju sekolah anak belum bergosok.


Kain yang dah kering menimbun,  menunggu untuk dilipat.


Bantal memanggil minta sambung baring.


Update blog pun setakat melepaskan batuk di tangga.


Makin teruk rasanya tahap kemalasan dalam diri, sekali menyerang semua jadi lemah.


Ada tak orang yang turut malas seperti saya di pagi Isnin nan indah ini?

3 comments:

  1. bila mls menyerang mmg parah! tp jgn mls2 kak...chaiyok!^^

    ReplyDelete
  2. ada..ct.hari isnin mmg byk kerja yg nak dibuat,semalam beraya sakat...byk kerja rumah tertangguh

    ReplyDelete
  3. Salam Aya,biasa la klu mula hari isnin...camtu la sbb br habih bercuti sabtu-ahad,pastu bz g open house lak!.harap2 x brpanjangan yer..hihi

    ReplyDelete