22 September 2011

Mamat jawab isu Fida tidak bertudung.

Encik Mamat iaitu kawan mesra kepada Fida tampil memberi penjelasan tentang isu Fida ni dalam Mstar:


Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik. Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata. Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya. Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.




Hmm ok la, rasanya dari ayat di atas seperti menggambarkan Fida memang tak bertudung kalau luar waktu kerja ( maksudnya di luar bidang lakonan atau pengacaraan). Saya tak terkejut kerana teman-teman ofis saya pun ramai yang begini. 


Bertudung ni macam satu fesyen pada mereka. Keluar je dari ofis, selamba menunjukkan rambut yang pelbagai warna.Itu belum sebut pasal bertudung tapi pakaian menampakkan apa yang tak sepatutnya. Ini semua hari-hari boleh nampak di tempat saya bekerja.


Ya Allah! Tetapkan lah hati hambaMu ini, jauhkan lah daripada sifat -sifat riak dan llindungilah kami daripada melakukan perkara yang boleh menjadi kemurkaanMu!

5 comments:

  1. salam pagi khamis kakakku.....
    moleklah pengakuan mamat mcm tu..

    ReplyDelete
  2. Kakak kalau bab aurat memang amat ambil berat. Sayang kalau hanya bertudng sebagai fesyen kerana tuntutan agama usah diperlekeh. Islam itu indah, telah diberi kemajuan dgn bermacam cara untuk bertudung tapi bukan utk membuat hingga org tertoleh 2-3 kali hanya kerana cara kita bertudung. Moga kita sama-sama saling ingat-mengingati...

    ReplyDelete
  3. la..gitu ke? dah jadi public figure, kenalah jaga.

    ReplyDelete
  4. Ayu - memang molek sungguh.


    Kak kasih - ye, artisss


    kakzakie - tepat dan benar sekali tu.jangan ambik mudah tentang aurat kita , apatah lagi sbg wanita, aurat kita mudah sekali mengundang fitnah


    Liza - begitula nampaknya..apa nak kata..

    ReplyDelete