23 September 2011

Obes - tumit kaki pecah

Malu nak ambik gambar tumit kaki saya  yang pecah merekah.

Ni salah satu lagi kesan obesiti ke atas saya.


Bukan main banyak taram losyen segala bagai tapi sampai hari ni rasanya macam makin merekah je.


Kadang-kadang cuba sapu kulit pisang pada tumit kaki sebagai petua untuk tumit pecah namun nampaknya keadaan tetap sama juga.


Tadi saya cuba google tip untuk hilangkan pecah dan merekah di tumit.


Jumpa blog INI dan ada tips sekali.



1. Anda sediakan sebiji kelapa tua.


2. Kemudian belah dua kelapa tua tadi.

3. Colek lendir yang terdapat pada bahagian isi kelapa tersebut.

4. Sapukanlah lendir itu ke seluruh bahagian tapak kaki dan tumit anda.

5. Seterusnya, panaskan tapak kaki anda di atas atau berdekatan bara api selama beberapa minit. Jarakkanlah kaki anda dan bara api tu mengikut keselesaan masing-masing.

Anda boleh mengulangi petua di atas sebanyak 3 kali dalam seminggu. Jika tiada aral, tapak kaki anda akan licin dan cantik.

Selamat Mencuba bagi yang menghadapi masalah seperti saya .

2 comments:

  1. kak kasih - dlm buku ckp itu tandanya kulit terlalu kering, kena rendam dlm baldi la pulak nampaknya he he..mau kecut terus jadinya.

    ReplyDelete