23 September 2011

Pelakon Diana bertudung lepas mimpi tentang kiamat

Nampaknya ada yang buka tudung, ada yang bertudung..begitula dunia hiburan..sentiasa ada je..kita orang luar hanya memandang saja..apa yang baik boleh dijadikan tauladan, yang tak elok jadikan sempadan.








PETALING JAYA: Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.

Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
- MSTAR

3 comments:

  1. Alhamdulillah...
    perubahan yg baik

    ReplyDelete
  2. kak kasih - itu yang kita nak dengar tp jangan buka semula nanti ye.

    ReplyDelete
  3. smoga dia bertemu jodoh dgn org yg boleh bimbing dia ke jln yg lebih baik...amin

    ReplyDelete