16 September 2011

Penuh santai hari ni..

Dah malam dah...kejap je masa bergerak , kalau cuti...cuba kalau hari kerja, kejap-kejap tengok jam, belum pukul 10 pagi..lepas tu tengok jam lagi menunggu waktu lunch. Dah abis lunch menunggu waktu balik pulak..begitulah setiap hari saya di pejabat, macam kena paksa ke ofis pulak.


Pagi ni rutin kembali asal, ke pasar Selayang bersama makcik dan Umar. 


Balik rumah masak...lepas tu bersantai-santai tengok Gerakhas The Movie..Umar memang minat gila dengan cerita kepolisan ni.


Tamat tayangan Gerakhas, kembali mengadap blog.


Usai bermesra dengan blog, turun bawah semula untuk luangkan masa dengan membaca Harakah, MIDI dan RAPI.


Malam menjelma....post 1 entry sebelum merebahkan badan menemani anak-anak tidur.


Begitulah putaran kehidupan dengan cerita yang sama namun sangat indah dilalui , tanpa mereka disisi memang kosong tak bermaknalah hidup ini.

1 comment:

  1. pelek kan kalau cuti
    cepat je dah malam...huhu
    esok akak kerja

    ReplyDelete