24 September 2011

Prejudis


Kadang-kadang hidup di dalam lingkungan orang yang sentiasa prejudis terhadap pendirian, sikap dan sifat serta prinsip hidup orang lain, boleh membuatkan kita seperti hidup di dalam sebuah kotak yang sempit dan gelap.

Nak keluar tak boleh, nak kekal kat dalam tu pun tak boleh. Kita pulak lama-lama yang stress.

Beginilah ibaratnya kalau ada kawan yang suka sangat tunjuk prejudis dia terhadap orang lain, kadang-kadang kita sendiri sebagai sahabat beliau pun masih gagal memahami kenapa dia suka macam ni?

Apa yang saya nampak, mereka yang suka prejudis pada orang lain selalunya merasakan diri dia hebat dan berada di pihak yang sentiasa betul.

Hmmm kita tegur dengan baik pun pasti berderet hujahan yang keluar dari mulut dia. Ada waktunya , dia boleh prejudis pada kita kawan lama dia ni hanya kerana tidak sependapat.

** Ada tak dikalangan kawan anda semua yang suka bersikap prejudis terhadap orang lain?

1 comment: