18 September 2011

Raya tak Jadi vs Johnny English Reborn

Hmm baru lepas bersarapan dengan teh panas dan mee goreng. Kenyang. Alhamdulillah....


Hari ke 3 bercuti, pakat pandang memandang di dalam rumah yang sederhana luas, tak tau nak buat apa lagi dah..


Buka cadangan nak ke mana..budak-budak memilih untuk menonton wayang.


Tayangan hari ni Johnny English Reborn dan Raya Tak Jadi.


Keduanya menjadi minat kami kerana adanya Mr Bean dan juga Johan Rajalawak.


Selepas dapat tau filem Raya Tak Jadi arahan Razak Mohideen, dah pakat tak nak tengok pulak dah....biasalah kami tak begitu minat hasil arah Prof ni..jadi filem ni bukan pilihan kami.



Filem Johnny English Reborn menjadi pilihan tontonan kami, tapi kata anak-anak, kalau filem Mr Bean, tak puas tengok sekali je...hmm kalau nak tengok lebih daripada sekali kena tunggu lagi 2 minggu la, kita ambik daripada Astro First.


Sudahnya tak jadi la menonton wayang....nampaknya kekal lepak-lepak di dalam rumah sendiri...




*** apa plan kawan-kawan semua di hari minggu ni?

4 comments:

  1. Kami tak kemana-mana. Berehat di rumah kemas mana yg patut. Mesti best filem Mr. bean...:)

    Salam kenal...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Aya

    tak sempat nak menonton...he he

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. kakzakie - sama la, kesudahannya lepak je.


    atuk - tunggu kat TV je.

    ReplyDelete
  4. jhony english reborn best sgtt (: rugi kalau xtgok...

    ReplyDelete