27 September 2011

Ringkasan ejaan pada entry

Saya akui yang saya ni bukan la pakar bahasa pun , lulusan pun takat SPM je tapi saya agak "tidak boleh nak berkompromi" dengan mereka yang suka menggunakan ejaan yang terlalu dipendekkan. 
Nampaknya takat pergi sekali je la ke blog tu lepas tu tak ada lagi de...


Kalau setakat ringkasan ejaan yang biasa-biasa tu masih boleh di terima la ( walau pun terima tak sepenuh hati) tapi kalau satu entry menggunakan ringkasan yang saya sendiri terkial-kial menafsirkan maksudnya, itu satu kerugian sebab kalau kita menulis entry, kita mahukan pembaca faham apa yang kita tulis.


Biasanya tiap kali saya baca entry, selalu saya perhatikan pada ejaan, setiap satu saya perhatika perhatikan. Selalu rasa tidak puas hati dalam diri sendiri kalau terjumpa ejaan yang sengaja-sengaja di pendekkan. Bagi saya ini merosakkan bahasa.


Saya masih menggunakan ayat penuh ketika bersms kecuali untuk ringkasan yang memang kita dah biasa guna , biarlah nak dikatakan orang kampung, orang skema tapi bagi saya menjaga ejaan salah satu perkara yang penting juga . ( eh ada yang gelak ehhh? ) 


Pernah saya terdengar kawan saya cakap , apa lah tulis sms guna ayat penuh, macam orang kampung je..ish ish tak pasal-pasal orang kampung jadi mangsa pulak, apalah dosa orang kampung, suka sangat dikenakan hukuman yang tak ada logika langsung!


Entry ni tak ada niat nak kondem sesapa pun, sekadar meluahkan pendapat yang ada dalam benak fikiran saya.


Terpulang pada individu , mungkin faktor masa menjadi penghalang untuk menulis ayat dengan ejaan yang penuh. Ye lah, masa itu emas , kan? 


** kawan sukakan ejaan yang ringkas jugak ke?

4 comments:

  1. salam kak..susah nak fhm baca entri camtu..sbb tu tak gi dah blog yg camtu kan?

    akak ada typo kat 'perhatikan'

    ReplyDelete
  2. sangat-sangat setuju dengan akak. lagipun baca dengan ayat penuh tanpa kurang huruf lagi senang.

    ReplyDelete
  3. klu sms sy guna juga bahasa ringkas.dalam entri terasa macam menulis karangan,tak biasa ringkasan nie.hehe..

    ReplyDelete
  4. LM - he he kak aya dah betulkan...t.kasih


    Ekmi -betul kan?


    Puan Kutu - betul tu, entry terasa seperti satu karangan.

    ReplyDelete