11 September 2011

Sesak lepas raya..

Tahun ni saya tak ada entry pasal raya dan rumah terbuka .


Nak keluar berjalan raya pun malas, sebab utama adalah kerana jalan yang sentiasa sesak.


2 malam lepas saya ke Pasaraya NSK untuk membeli barang basah, tak pernah-pernah pergi waktu malam, kali ni cuba la ke sana sekitar 9 malam. 


Dari jauh dah kelihatan seolah satu 'pesta kesesakan lalulintas' sedang berlaku di sekitar Pasaraya NSK. Terpaksa parkir kereta punyalah jauh dan menapak jauh untuk masuk ke dalam pasaraya.


Kalau dah dari luar macam pesta, dalam tu dah lebih daripada pesta dah rasanya..nak berjalan susah, apatah lagi nak memilih-milih barangan. Sudahnya kami berempat ni seperti mabuk lauk pulak rasanya, sebab terpaksa berjalan bersesak-sesak dalam lautan manusia.


Pagi semalam adik dan isteri datang beraya di rumah, katanya jalan di MRR2 tu dah mula sesak walhalnya hari masih pagi. 


Sebenarnya bagus kerana semua pakat keluar untuk beraya dan menjalinkan silaturrahim antara kita dan saling bermaafan tapi bagi suami saya yang kerap di serang migrain ni, berada di tempat yang sesak memang mengundang kedatangan migrain dengan cepat sekali. Sudahnya kami pun lepak je la kat rumah, tunggu kot-kot ada orang datang .


Bukan jalan je sesak lepas-lepas raya ni, dada pun sesak jugak, sebab banyak makan benda-benda yang berkolestrol tinggi. 


Poket pun sesak jugak nampaknya tu, banyak habiskan untuk persiapan raya.


Hari dah mulai siang ni, apa perancangan sahabat semua untuk hari ni? Banyak ke jemputan rumah terbuka yang di terima untuk hari ni? Saya tak ada apa-apa jemputan buat masa ni, rehat je la kot kat rumah.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Aya

    semalam saya pergi ke serdang, 1 1/2 jam, jem teruk, biasa dlm 20 minit ajer

    hari nak pergi selayang cadangnya nak beraya rumah kawan

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Kak Aya,
    Saya pun semenjak dah berhenti kerja, takde undangan open house pun... sedih jgk tau!!! Tapi saya habiskan masa ziarah sedara-mara.

    Today ada 1 family nak dtg rumah. Masak ala-kadar sahaja.

    ReplyDelete
  3. rozali - boleh singgah selayang mulia, makan biskut raya.


    teratak hami - bagus tu ziarah menziarahi, kak aya kena tunggu waktu dah tak jem, baru dpt keluar...

    ReplyDelete