Sudu dan Garfu

2 hari ni asyik update pasal cerita kat TV je, biasalah kalau dah banyak hari cuti dan tak ke mana-mana memang mengadap TV jelah...tapi saya tak lah menonton lama-lama sangat, pilih-pilih cerita dan selalunya berakhir dengan terlena depan TV. Memang sukar nak menonton lama-lama sebab memang jenis cepat terlena kalau depan TV.


Malam ni ada ulangan cerekarama Sudu dan Garfu, saya suka kisah ni sebab santai dan jalan cerita yang menarik walaupun biasa-biasa je dan ala-ala novel....sentiasa mengingatkan saya pada novel Kopi Susu Sepatu Biru dan filem lama Masam-Masam Manis. 


Harap-harap malam ni  tak terlena sebelum waktunya kerana tahun lepas saya menonton separuh jalan je cerita ni,esoknya kawan ofis yang bercerita tentang kesudahannya.


Tak sangka pulak cerita terpilih sebagai untuk Anugerah Skrin...semoga berjaya untuk pengarah, penerbit, pelakon dan semua yang terlibat.




Selamat Menonton!


*** apa cerita pilihan kawan-kawan?


7 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

TV mana? pukul berapa?

Princess Solehah said... [Reply to Comments]

saya pun suka tengok cerita ni...santai aja :)
* tapi paling menyentuh hati tengok cerita kemaafan yang tertangguh

Kak Aya said... [Reply to Comments]

kak kasih - tv3, pukul 10 mlm ni...jangan lupa ye kak kasih.

Kak Aya said... [Reply to Comments]

princess solehah - betul, kadang2 malas nak tengok cerita yang berat2

Cik Ton said... [Reply to Comments]

cik ton pun suka gak tengok cerita ni.

Yan said... [Reply to Comments]

cerita tv now banyak sedap2.. asyik dibuatnya.

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

tgh menonton gak nie,betul teringat cerita masam2 manis..saling tak tumpah..:)

Post a Comment