25 September 2011

Sukarnya mencari identiti blog sendiri.

Sudah setahun saya berblog, sampai ke saat saya menaip entry ini saya masih lagi tak dapat mencari kelainan yang seharusnya saya tonjolkan pada blog saya bagi membezakan antara blog saya dengan blog blogger lain.


Tiada sesuatu yang unik atau lain daripada kebiasaan. Sama saja.


Senang bercerita tentang hal-hal peribadi bersama keluarga, kisah di tempat kerja..kalau rasa nak up traffic sikit, cari kisah-kisah artis. 


Sama, tiada beza dengan lain-lain blog yang sedang merangkak bersama untuk naik.


Saya tidak suka terlalu kerap menceritakan perihal artis tetapi cerita sebegitu menaikkan traffic blog.


Saya tidak mahu mengikut idea Ben Ashaari yang sememangnya sudah jadi satu trademark bersama segmen.


Saya tidak tau bagaimana harus mencungkil keunikan yang ada di dalam diri lantas dizahirkan pada muka blog.


Kalau saya membaca tip blogger berjaya, salah satu cara untuk cepat naik adalah dengan menampilkan kelainan di dalam berblog.


Ok saya percaya, di dalam apa bidang pun, kelainan adalah yang menjadi X faktor untuk satu kejayaan.


Tetapi kalau kita melihat beberapa blog yang popular, blog mereka biasa-biasa je, boleh dikatakan hanya cerita peribadi semata-mata tetapi saban bulan mendapat sponsored post.


Hmm mungkin selain keunikan, blogger perlu juga popular..popular tu macam satu perkataan yang amat jauh panggang dari api untuk diri saya.


*** mungkin hari ni badan terlalu penat, otak pun letih, menulis apa saja yang terlintas di fikiran.


5 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Aya

    kita cuba dan cuba lagi
    Insyaallah akan berjaya

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. hentam kromo sajalah.sy pun macam tu,tulis je apa yg tulis..blogger populer pun byk cerita hal peribadi juga kan

    ReplyDelete
  3. Tak apalah kak aya, kita buat pelan2. Manalah tau nanti kita sama2 naik.. hehe..

    ReplyDelete
  4. terima kasih untuk semua sokongan dan pandangan di atas.

    ReplyDelete