22 September 2011

Terima kasih! Terima Kasih!


Tiba-tiba pulak nak buat entry tentang ucapan terima kasih ni….

Sebenarnya itu adalah ucapan yang memang terlalu biasa kedengaran kalau saya atau rakan sepejabat memberi bantuan dari segi kerja atau apa saja di dalam jabatan saya ni. .hatta menyiapkan tugasan harian sendiri pun diberi ganjaran ucapan terimakasih oleh bos kecik saya..tak tau lah apa niat mereka tapi secara positifnya saya anggap mereka menghargai kerja-kerja kita walaupun apa pangkat kita.

Kadang –kadang menjadi bahan lawak pulak antara saya dengan rakan sekerja lagi sorang tu, bukan apa terasa seperti sungguh skema je kami semua kat sini.

Penuh berhemah dan bersopan santun betul la mereka ni. Kalau setakat sekali dua je ok lagi tapi ini berkali-kali sehari, mana kami tak rasa gelihati. Dah jadi satu kebiasaan dah kat sini.

Sepanjang 15 tahun ( 1 Oktober , genaplah 15 tahun di company ni) , bos besar bos kecik bersilih ganti dalam jabatan saya ni, yang kekal hanya saya dan rakan sejawatan saya yang sama-sama tidak berpeluang mendapat pendidikan tertinggi seperti mereka ni,.

Mereka semua adalah paling baik, mesra, berhemah yang pernah saya jumpa ( ala saya kerja pun kat sini je, mana ada bergaul dengan orang lain pun),kadang-kadang tanpa jemu memberi tunjuk ajar pada kami berdua.

Selama 15 tahun ni, pada awal dulu memang semua staff adalah Melayu, sama juga keadaanya tiada sebarang masalah, lagi seronok kerana kami satu kepala walaupun mereka semua muda-muda belia . Bekerja dengan penuh keceriaan, gelak ketawa. Pendek kata setiap hari dilalui dengan keseronokan dan kerja beres seperti biasa. Bos Mat Salleh time tu, pun baik dan mesra juga.

Selepas itu seorang demi seorang meninggalkan company bila dapat tempat lebih selesa, jadi la seperti sekarang hanya kami berdua yang kekal di sini. Yang datang semuanya baik walaupun berlainan bangsa. Bak kata PM kita, kita 1Malaysia…

Saya bersyukur sangat-sangat kerana selesa di sini walaupun saya selalu cakap malas nak datang kerja, itu tak ada kaitan langsung dengan mereka ini, itu masalah diri sendiri he he. Bezanya dulu dan sekarang adalah dulu lebih ceria suasananya, kini agak serius bila waktu kerja.

Kadang-kadang tertanya sendiri, adakah mereka yang mengambil jurusan Actuarial Science ni semuanya baik-baik? Ada belajar tentang adab sopan yang extra ke daripada pelajar jurusan lain? Jangan tak tau, suami saya pun ambik jurusan Actuarial Science jugak, sebab tu saya kawin dengan dia, sebab baik, sopan , berhemah bla bla…( dia baca entry ni tau, jadi kena banyak puji memuji ha ha)

Dalam jabatan lain, macam-macam cerita kedengaran, tapi kat sini semua cool je, tak tau la kot depa ni buat jahat kat luar sebab segan dengan saya dan rakan ..ha ha gurau je…saya tau tak ada sapa pun dari kalangan staff di jabatan saya tu baca blog saya.

Dipendekkan cerita yang dah berjela ni, saya akan kekal setia di sini hingga pencen.

Terima kasih untuk semua yang membaca.

 Terima kasih ! Terima kasih!

3 comments:

  1. untungnya kak aya mendapat rakan sekerja yg ngam

    ReplyDelete
  2. LM - betul, kak aya rasa cukup beruntung.syukurlah dengan anugerah ini.

    ReplyDelete