Akhirnya PC betul-betul rosak!

Nak kata malang, macam tak berapa kena pulak dengan situasi. Tapi saya sungguh kecewa bila PC kat rumah ni rosak, semua file hilang. Tak tau Umar buat macam mana dengan PC ni hingga jadi macam ni.


Nasib baik hp cap ayam ni kejap kejap boleh kejap kejap tak boleh log in untuk update entry.


Nampaknya saya kena berehat sementara dari berblog hingga PC ok semula.


Maaf pada kawan-kawan yang datang bertandang , saya memang tidak dapat membalas kunjungan kawan semua.


Insyaallah bila dah kembali seperti biasa, saya akan mula blogwalking.

Sukarnya mencari masa untuk blog

Stress juga bila fikirkan masa yang kian terhad untuk blog, sebenarnya bukan tak ada masa cuma masa yang sesuai tu je yg susah nak dapat.


Sekarang ni Umar dah tau on pc, dah tau macam mana nak pergi ke Google, cari games yang disukai beliau dan akan mula main games sampai berjam-jam lamanya.


Jadi sekali lagi catuan penggunaan PC dikenakan oleh ketua rumah kepada semua isi rumah, yang paling teruk terjejas dek kerana arahan catuan ini adalah pemilik blog Jendela Hidup.


Sekarang ni sesiapa pun tidak dibenarkan menggunakan PC selagi Umar tidak tidur...adooiii seksa sebabnya sekarang ni dia langsung tak tidur siang kalau hujung minggu. Jadi kita ni pulak kalau tak mengadap blog, memang cepat layu mata, terlelap je kerjanya walaupun sedang duduk.


Waktu malam Umar akan tidur sekitar 9 malam kalau hujung minggu. Time tu baru kita dapat guna PC, kalau ketua rumah tak ada guna dulu, dapat lah terus guna.


Kalau hari sekolah, Umar akan tidur sekitar 11 malam kerana dia dah cukup tidur di tadika . Di sana dia tidur antara pukul 2 hingga 4 petang setiap hari.


Waktu yang ada untuk saya berblog tanpa gangguan adalah antara pukul 1 hingga 6 pagi. Cantiknya waktu tersebut adalah waktu normal untuk kita menikmati keindahan mimpi.


Kalau ada hari yang saya betul-betul segar untuk bangun antara waktu tu, memang dapatlah publish entry, balas komen dan blogwalking, tapi andainya terlalu syok dengan godaan mimpi memang langsung tak celik mata la sampai pagi .


Contoh seperti hari ni, malam tadi Umar terlena hampir pukul 9, laju-laju nak on PC, sempat lah publish satu entry pendek mengenai Piala Malaysia tu, Nadhirah pulak datang cakap nak tengok PC kejap, sebab katanya dah berzaman dia tak dapat pegang keyboard ni..ok bagi je la dia.


Turun tengok bola sampai pukul 10, saya terus terlelap sampai pagi. Terjaga kala azan Subuh berkumandang menandakan saya tak punya masa yang panjang untuk blog pagi ni kerana saya perlu siapkan sarapan sebelum pukul 7 kerana perlu ke Bandar Baru Selayang untuk aerobic.


Saya berharap dapat membalas komen-komen kawan-kawan walaupun masa agak terbatas kini.




*** bila dapat merasa ada netbook dan broadband sendiri agaknya?

Ramalan Mimpi Uncle Seekers

Tadi menjelajah ke blog Uncle Seekers, macam biasalah blog dia selalu ada perkara-perkara yang boleh jadi kontroversi.


Kali ni mengenai ramalan mimpi tentang para pemimpin negara dan artis-artis Malaysia.


Hmm sejauh mana benarnya ramalan beliau , Hanya Allah Maha Mengetahui.


Pada yang nak tau tentang mimpi dan ramalan mimpi beliau, boleh la ke blog beliau.

Plan mandi manda di Ulu Yam gagal!

2 hari merancang, nampaknya tidak berhasil.

Plan dengan anak-anak nak mandi-manda sambil makan di ulu yam namun plan tinggal plan sebab petang ni hujan tersangat lebat, pastinya pagi esok air akan lebih laju dan dalam berbanding hari biasa. Mesti extra sejuk juga.

Tak nak ambik apa-apa risiko, kami membatalkan plan tersebut dengan diiringi keluhan kecewa anak-anak.

Hmm agaknya apa aktiviti terbaik untuk menggantikan plan yang gagal tu?

Apa plan kawan-kawan untuk hujung minggu ni?

Filem Ombak Rindu - Maya Karin dan Aaron Aziz

2,3 malam ni dah ditayangkan promo untuk Filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel Ombak Rindu, ditulis oleh novelist Fauziah Ashaari.


Secara sepintas lalu, saya rasa macam kurang sesuai je watak Izzah dipegang oleh Maya Karin sebab pada saya, Maya Karin ni nampak macam orang bandar je. Rupa dan percakapan pun agak jelas dia tu kurang sifat kekampungan. Pada saya, Fazura lebih nampak sesuai walaupun Fazura pun berwajah orang bandar.


Tapi tak adil la kalau saya menilai terus tanpa menonton terlebih dahulu filem ni. Cuma secara sepintas lalu je komen tentang pemilihan pelakon tu.


Apa pun, saya nak menonton filem ni bersama rakan sepejabat bila ditayangkan kelak kerana kami sama-sama meminati novel Ombak Rindu dan meminati Hariz, suami si Izzah tu he he...


Biasanya kalau novel diadaptasi ke filem , macam kurang menjadi sikit , mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan penghayatan ketika membaca novel kot .


Hmm cerita panjang tak mau la....kita tunggu dan tonton je filem ni nanti, lepas tu pakat buat review.




Lain orang lain kisah hidup..

Bila kita tengok kisah hidup kita yang berliku, kita rasa seperti kita ni cukup banyak di uji sepertikan setiap ujian untuk kita adalah paling tip top antara orang-orang lain.Saya selalu terasa begini di awal-awal remaja dulu. 


Sekarang pun masih diuji kerana sebagai manusia , selagi bernyawa, ujian tidak pernah ada titik noktah.


Terkenangkan cerita seorang sahabat saya. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang kaya..malahan cukup kaya raya, sebab keluarga beliau mempunyai beberapa jenis perniagaan.


Begitu terbalik dengan kisah hidup saya, kalau nak sesuatu perkara memang peratusan untuk mendapatnya amat kecil sekali, pastinya sahabat tadi mampu memiliki apa saja dalam bentuk material.


Beliau membesar dalam kesibukan ibabapa mengejar kebendaan. Saya pula membesar dalam susah payah untuk meneruskan kehidupan seperti mana orang lain, meneruskan pelajaran dan dapat makan serta tumpang berteduh.


Arwah ayah beliau telah lama meninggal walaupun tak selama arwah ayah saya. Mak saya hanya wanita kampung biasa, meneruskan kehidupan dengan kerja-kerja kampung. Ibu sahabat saya ini pula seorang wanita yang mempunyai bisnes yang kukuh.


Sayangnya sahabat saya ini sentiasa kesal dengan si ibu yang sentiasa mengejar kebendaan, mengejar untung bisnes hinggakan perasaan terabai dan kekurangan kasih sayang terasa hingga kini.Katanya si ibu, tidak mempunyai perasaan keibuan, perasaan seorang nenek terhadap cucu pun tidak pernah ditunjukkan, segala yang ada pada fikiran ibu adalah bagaimana untuk membesarkan perniagaan, melipatgandakan keuntungan dan pendek kata semuanya tentang materialistik.


Saya selalu rasa macam buntu nak nasihatkan sahabat saya ni, kalau kita salah nasihat dikatanya kita ni 'tidak berada di dalam kasut beliau"..kalau kita sekadar mendengar saja pun macam tak kena juga.


Apa yang boleh saya pelajari daripada cerita sahabat saya ni, wang ringgit boleh jadi masalah besar di dalam kehidupan kalau tak kena cara dan kedudukannya. Kalau letak no 1, memang habis lintang pukang perkara-perkara lain, lagi seksa bila dah menginjak usia emas masih lagi pening fikir nak gandakan duit.


Mak saya masih beruntung, disayangi anak-anak walaupun masih lagi susah hidupnya. Mak masih tak mampu nak merasai kesenangan hidup seperti ibu lain tetapi sekurangnya mak saya tidaklah didendami anak  sendiri.


Hmm sukarnya nak lembutkan sekeping hati....

Sayu hati di awal dinihari

Kala waktu merangkak 4 pagi, saya masih mengadap blog...satu perkara yang biasa pada sesetengah blogger dan perkara yangamat luar biasa bagi  mereka yang tidak se'minat' dengan kita.


Saya bukan blogger tegar pun...takat suam-suam kuku je..tapi suka mengadap blog time-time orang lain sedang enak dibuat mimpi ,menampakkan macam alahai rajin la sangat kak aya sorang ni...


Tajuk macam sedih je kan? Sebenarnya niat asal bangun awal sikit tadi untuk blogwalking ,tiba-tiba jenguk ke blog adik saya..hmm maaflah tak boleh bagi link sebab tak mintak izin  dia untuk link ke entry ni. Dia memang rajin menulis, sebelum ni blog dia memang ramai follower tapi sudahnya dideletenya blog tu.


Sekarang muncul dengan blog baru, menyambung kembali penceritaan sebelum ni.


Hmmm dia menulis menceritakan segala tentang kehidupan dia , keluarga, kawan , musuh , kerjaya, pendek kata memang semua disingkapkan jendela hidup dia.


Sedih pagi ni bila membaca salah satu cerita daripada banyak-banyak cerita sedih kami selepas peninggalan arwah ayah.


Cerita bagaimana seorang pakcik ingin mengambil hak penjagaan beberapa adik saya secara paksaan dan pastinya adik saya tu salah seorang yang berjaya di paksa tinggal bersama pakcik dan dia juga berjaya balik semula ke rumah. Tiada seorang pun yang berjaya dijaga oleh pakcik saya itu kerana kami 6 beradik ingin bersama harungi segala susah senang hidup tanpa ayah.


Saya tidak pandai nak mengolah cerita tapi saya akui mengalir airmata kala membaca entry santai adik saya kerana entry tersebut berjaya menggembalikan nostalgia kehidupan kami ketika bergelar anak yatim. Memang banyak cerita luka sepanjang jalan untuk kami mengenali erti dewasa. Pastinya sebagai anak pertama yang lebih dewasa ketika itu, cerita luka itu sukar dipadamkan dan masih kekal dalam jiwa.


*** pakcik saya itu sudah pun kembali ke rahmatullah Oktober lepas.

Cabaran Kurus Lydia Miza - Baru 1 kg turun!

Tak nak gembira sakan kerana turun 1 kg, kerana yang hilang tu sah-sah air je, bukan lemak pun. lagipun takat 1kg je,bukan 10 kg pun.

Tapi saja nak war-warkan kat sini sebab nampaknya Lydia dah berjaya turunkan beberapa kilo berat  beliau.

Tak nak kalah tu, update jugak la walaupun berat air je yang hilang hi hi.

LM  - tahniah la banyak dah turun ye!



Sharifah Sakinah dan Oh Jesus! Mengundang Kemarahan Peminat

Cerita dah basi tapi saya baru tau..biasalah beberapa hari ni jarang online...suratkhabar hiburan pun jarang sekali baca, harapkan internet je.


Sebelum ni tak kenal pun sapa la pulak Sharifah Sakinah ni...ooo rupanya adik kepada Sharifah Shahira.


Hmmm tiba-tiba teringat dia ni ada pernah datang ofis saya ketika ofis anjurkan Charity Bazaar beberapa tahun lepas..pakai seluar pendek pangkal peha dan singlet...hmm sesuai la artis katakan..


*** pssttt kat ofis saya tu ramai tau artis datang kalau ada Charity Bazaar gini, time tu dapat tengok la sapa yang seksi, sapa yang merokok, sapa yang bila jumpa sesama artis (bukan muhrim) berlaga-laga pipi...


Jadi tak heran sangat la bila baca apa yang ditulisnya di laman Twitter:


Hmm selalu artis ni kalau nak bercakap atau keluarkan apa yang ada di dalam fikiran tidak berfikir panjang, mereka tidak menyedari setiap kata-kata dan perbuatan mereka menjadi perhatian orang lain,hmmm nama pun artis.


Bila dihentam dek peminat, Sharifah Sakinah pun memohon maaf....hmmmm hmmmm



Terpulang la kepada mereka yang membaca penjelasan beliau untuk menerima nya sebagai satu penjelasan atau apa.


Kord Lagu Cinta Muka Buku Najwa Latif

Sekarang ni lagu Najwa Latif boleh didengari dimana-mana je, dengan SuriaFM ada lagu ni, EraFM ada lagu ni, HotFm ada...yang tak ada pun di KlasikFM je la .


Saya terus terang tak begitu gemar lagu ni, mungkin tak sesuai dengan oang yang dah banyak usia macam saya ni kot.


Untuk mereka yang gemarkan lagu ni, pandai main gitar, nak cuba petik gitar lagu ni untuk girlfriend atau boyfriend, boleh lah KLIK SINI ye.


Semoga terhibur dengan petikan gitar sendiri ye.


Novel Ingat Janji Kita

Hmm ini pula novel yang baru aja selesai dibaca awal malam ni. Best jugak la cerita ni, ada sedikit kelainan dalam jalan ceritanya.



Mengisahkan Adi yang berwatakan lelaki sedangkan beliau adalah seorang wanita..kisah semasa kecil yang begitu sedih, dibesarkan oleh makcik yang garang dan Adi membesar dalam makin hamun wanita yang bergelar makcik itu.


Raimi adalah kawan pada Adi, terperangkap dengan permintaan atuk untuk dikahwinkan dengan wanita pilihan atuk, meminta Adi menyamar jadi perempuan untuk dikenalkan sebagai teman wanita beliau pada atuk dan keluarga. Hmm disinilah bermulanya cerita ...Raimi seolah jatuh cinta dengan 'wajah perempuan Adi'.


Suspens kan? nak tau lebih lanjut boleh dapatkan kat kedai berhampiran.




Novel Hati Bila Cinta



Siang tadi, saya menghabiskan masa membaca novel ni, kebetulan bos tak ada kat ofis, ramai staff bercuti sempena Deepavali dan kebetulan saya memang tak benda nak buat, semua dah siapkan awal-awal,waktu lunch pulun baca dan sementara menunggu suami mengajak pulang, memang beria-ria membaca .


Nak kata best sampai dapat 5 bintang tu , tak lah..tapi boleh la untuk hilangkan bosan sendiri.


Mengisahkan si Fazreen ( Fenn) seorang janda berhias, suami meninggal kerana kemalangan pada malam pertama perkahwinan.


Heronya pula adalah Iqram yang lebih dikenali dengan DZ. 


Cerita bermula apabila mama DZ berkenankan Fenn untuk dijadikan menantu, dalam diam mama DZ melamar Fenn tanpa pengetahuan DZ, bila Fenn menolak lamaran itu secara terus pada mama DZ, jatuh sakit jadinya orang tua tu.


DZ memang marah bila mendapat tau Fenn punca mama beliau masuk wad, maka bermula la cerita yang penuh dengan gaduh-gaduh manja....nak tau apa kesudahannya, boleh dapatkan di kedai buku berhampiran ye!


Jendelahidup.com kembali bersiaran dari Blogspot

Salam semua


Gembira hari ni dapat balik semula rumah lama.


Ok, nak ke pejabat dulu, balik petang nanti kembali bersiaran seperti biasa.




7 perkara tidak perlu diubah



Selalunya orang menunggu kedatangan tahun baru untuk berubah termasuklah yang tukang taip entry ni, asal datang tahun baru je mulalah pasang niat nak itu, nak ini...dipenghujung ceritanya tetap sama , tak berubah barang seinci pun...itu mengenai saya sendiri la.

Bagus, semua perubahan yang baik digalakkan, berhijrah la daripada 0 menjadi 1, sekurangnya.

Tetapi dalam seronok nak berubah tu, jangan dilupakan 7 perkara yang tidak boleh diubah.

  1. Jantina – kalau diubah sekali pun spiritual tetap sama seperti jantina ketika dilahirkan.
  2. Ibubapa – tiada apa yang boleh membenarkan kita untuk menderhaka kepada mereka berdua.
  3. Hari Kelahiran  - 28/11  kekal sampai bila-bila , boleh sediakan hadiah tak lama lagi dah….
  4. Bentuk fizikal – rambut kerinting, rambut lurus, hidung tidak mancung, hidung mancung, kulit gelap,.kulit cerah
  5. Masa lalu – andainya masa lalu kita sangatlah tak lalu untuk dikenang, hmm boleh je jadikan pengajaran untuk meneruskan kehidupan di masa depan.
  6. Kedudukan dalam keluarga – macam saya anak pertama, sampai mati pun tak kanmenjadi anak bongsu
  7. Bangsa

Kalau nak berubah untuk perkara yang baik dan digalakkan, boleh ikut tips ini:
  1. mulakan perubahan secara perlahan , tak perlu mendadak,
  2. usah bertangguh untuk berubah, kalau sudah ada keinginan
  3. Berubah untuk perkara dan niat yang betul..ada tak mau korner-korner tau!
  4. Istiqomah , biar usaha untuk berubah dan mengekal perubahan itu secara berterusan

Hmm apa yang saya nak sangat ubah dalam hidup saya? Banyak……tak perlu diwar-warkan kerana tidak tau bila boleh melakukan perubahan untuk itu semua.

Masih rindukan blogspot

Baru 2 hari bertukar pada wordpress, gagal menahan diri untuk membuat entry di blog blogspot...he he..tak apalah, blog ni dah menjadi blog 'suka-suka nak tulis apa'.


Bagi yang mencari mana menghilang blog Jendelahidup, boleh KLIK SINI




Ikut kata hati...suka hati.

Jam 8.11 pagi,ada depan PC tapi bukan PC ofis ...PC kat rumah hi hi bagusnya ...


Saya sedang mengikut kata hati yang membisikkan agar tinggal di rumah saja hari ni.


Eh sesekali kena dengar jugak bisikan hati , kan? Baru senang hati, risiko ..fikir lain hari.


Kepala sedang merencana apa yang perlu saya lakukan untuk manfaatkan masa sepanjang hari ni setelah berjaya ditewaskan oleh kata hati.


Hmmm saya dah nampak apa yang saya perlu lakukan...kalau ok hasilnya, saya akan war-warkan..kalau tidak, saya diamkan je.


Ok, nak keluar dulu, jumpa doktor...tak sihat minda hari ni..doktor mesti berikan saya MC sebab minda yang sihat penting untuk melakukan kerja di pejabat.


Sambung lagi nanti.




M.A.L.A.S

Bangun dah cukup awal hari ni...bagus,CUKUP RAJIN!

Itu boleh dikirakan sebagai TIDAK MALAS.

Kain baju selonggok sudah siap dilipat dan disusun.

Masih boleh belum boleh dikatakan MALAS.

Saya malas ke pejabat hari ni!

Itu memang betul-betul MALAS.

Cuti tahunan berbaki 3 hari lagi.

Badan masih sihat walafiat...SYUKUR!

Lalu harus bagaimana untuk mengelat daripada muncul di pejabat?

Hmmm

MALAS pergi la dikau!

p/s: tak ada idea untuk entry pagi ni.




salah mulut ke? mengata dan menyibuk?


Kadang-kadang rasa pelik dengan sesetengah manusia ni..suka sangat mengambil tau perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa pun.

Antara perkara yang sering orang sibuk nak tau tentang diri saya yang bukan artis ni

‘ awak ni bila nak tambah ahli keluarga lagi? Tak kan cukup 2 je kot….esok-esok dah tua mesti bosan sebab anak ada 2 je, mereka mesti bawak haluan sendiri”

Soalan di atas tu memang sungguh-sungguh popular ditanya orang secara langsung pada saya, sekarang makin kerap ditanya bila salah seorang kawan rapat saya sedang mengandung anak ke 3…

2 jawapan yang sering keluar dari mulut saya, salah satu akan digunakan bergantung pada situasi dan orang yang bertanya.

 "belum ada rezeki (jawapan paling popular)"

" dah tua la ,cukup la kot dapat sepasang, sekarang ni perbelanjaan semua tinggi, didik yang dua ni sebaik Mungkin lebih baik daripada ramai tapi terabai – (kedua popular)"

Itu soalan yang orang tanya secara terus kepada saya, ada jugak soalan yang ditanya kepada orang lain , Mungkin orang lain tu boleh menjawab bagi pihak saya atau orang lain itu akan menyampaikan soalan itu kepada saya.

“Rohaya tu macam tak kisah je gemuk macam tu, dia tak takut suami dia cari lain ke?”

“tak faham la dengan Rohaya tu, kerja dah berbelas tahun tapi dengan kita-kita ni masih lagi dia tunjuk sombong, dia memang jenis macam tu ke“?

Saya tak ada jawapan khusus kerana selalunya bila orang sampaikan pada saya, senyuman je yang dapat diukirkan sebagai jawapan he he..


Sebenarnya tak banyak soalan pun yang orang ingin tau pasal diri saya ..Cuma saya ni memang jenis tak reti bergaul, bila orang tanya-tanya terasa kurang selesa sikit, lagi pun kita tak ada nak kecoh-kecoh ambil tau pasal mereka pun..


*** kawan-kawan ada tak yang berdepan dengan situasi begini?



Rashidi Ishak ( Suami Vanidah ) terima Ijazah selepas 7 tahun

Wow lamanya Rashidi mengambil masa untuk menerima Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang komunikasi dari UPM.


Saya selalu rasa bangga melihat kejayaan orang di dalam bidang pelajaran, mungkin kerana tidak berpeluang untuk merasainya..tapi siapa tau mungkin lepas anak-anak dah besar sikit, saya kembali menyambung pelajaran?








Saya membaca kisah Rashidi ni di MStar Online..sedikit sedutan kata-kata Rashidi:



"Saya sangat bangga kerana akhirnya dapat juga menamatkan pengajian dan saya mungkin pelajar paling lama di Fakulti Bahasa dan komunikasi, UPM ini.
"Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen UPM, di sini, Selasa.
"Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran.
"Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi," katanya.
Baguslah walaupun sudah bergelar pelakon terkenal, perasaan ingin mendalami ilmu masih ada, tidak seperti sesetengah artis, tak ada ilmu tetapi cuba tunjuk macam berilmu..
** kawan-kawan, ada yang masih belajar selepas berumahtangga?

Tony Eusoff Murtad?

Sehari dua ni ada la ternampak kisah Tony Eusoff ni tapi tak sempat nak baca..pagi ni baru sempat mencari cerita ni....oo rupanya dia memang beragama Kristian...saya pun fikirkan dia seorang yang beragama Islam selama ni, salah tanggapan rupanya.


NI sedikit sedutan kisah daripada blog ohbulan!.com



“Kepada orang Semenanjung, saya sebagai orang Sabah & Sarawak terasa hati kerana ada segelintir daripada anda yang mempertikaikan nama yang ada pada kami sedangkan di negeri kami ada banyak lagi nama yang mempunyai Bin dan Binti tapi mereka sendiri tidak beragama Islam,” ujar Tony kecewa.
“Mengenai nama saya yang seakan-akan orang Islam, saya sememangnya Kristian. Kalau nak panggil saya murtad, lebih baik panggil saya lesbian!”




Oo ok, dah jelas macam ni, tak ada la lagi orang nak cakap pasal isu ni.


Kredit cerita untuk Ohbulan!.com.

Minta Pandangan - Blogspot ke Wordpress

Sebenarnya saya nak mintak pandangan dan panduan sikit tentang perpindahan daripada Blogspot ke Wordpress. Benda ni bukan kali pertama saya timbulkan cuma sebelum ni sekadar entry ringkas je . Kali ni saya nak minta jasa baik mereka yang telah pun menggunakan Wordpress berkongsi pendapat.

Ok, bab traffic, saya tau memang jelas WP ni memberikan lebih traffic berbanding Blogspot.

Yang menjadi persoalan saya ni adalah:

1. Masih boleh guna header yang sama ke bila dah bertukar kepada Wordpress? Hati masih menyayangi header kat atas tu.

2. Bagaimana dengan follower dan semua entry lama, masih kekal selepas dipindahkan?

3. Hosting yang mana satu pilihan anda?

Itu 2 perkara yang menjadi persoalan saya..dah cuba google tapi tak dapat jawapan yang sebenarnya ingin diketahui.

Ucapan terima kasih di dahulukan untuk setiap pandangan dan nasihat sahabat semua.




Berapa kerap shopping pakaian kerja?


Jumaat lepas ketika waktu rehat, saya dan kawan ke Jalan TAR..niat saya untuk membeli kain ela sebabnya hik hik **sebab yang remeh je, ada jemputan makan tengah hari dengan reinsurer pada 19/10/2011( esok) di Pavillion.

Hmm macam la tak ada baju kurung baru tak dapat keluar makan, kan? baju ada tapi tak muat nak pakai, hanya boleh dipandang je...terpaksa akur dengan keadaan, tempah baju baru.

Bukan lah saya seorang je yang dijemput tapi ada 3 lagi staff jabatan saya.

Salah satu perkara yang saya suka beli adalah kain ela..berbanding dengan tudung, kasut, handbang, kain ela sentiasa ada dalam list..dulu dah cukup elok kumpul banyak-banyak sikit ( tak lah banyak sangat maknanya tu...) badan pulak turut kumpul lemak sampai melebih-lebih, sudahnya semua baju kurung tu terperuk macam tu je.

Ada orang mesti beli kain ela tiap bulan, ada yang mesti beli kasut dan tudung tiap bulan..saya jatuh pada kategori membeli hanya bila perlu, mungkin kewangan tak membenarkan, cuba kalau kewangan stabil hmmmm mau berumahtangga kat Jalan TAR je hik hik

Tambah-tambah sekarang ni kan, kat ofis tu macam –macam ada...mak ayah je yang tak ada, lain-lain cukup lengkap...bermula dari kain ela, tudung, kerongsang, pakaian dalam pun boleh order melalui katalog..itu bab pakaian, barangan kemas ada, barangan Tupperware, perfume ..ishhh pendek kata tekan butang keluar semua .

Bisnes berkembang pesat kerana adanya kaum wanita...betul tak?

*** sama aja kan kat mana-mana ofis pun, mesti ada jurujual bergerak punya.





iPhone 4S - Ada minat?


Ada seorang sahabat yang suka sangat tukar-tukar handphone,keluar je model baru mesti dia pasang niat nak tukar..hari tu pakai HTC sekarang nak iPhone 4S pulak...saya akui memang ketingalan bab-bab gajet ni.

Tadi cuba-cuba cari info mengenai iPhone4s ni...ada berita dari Utusan Online mengatakan Jualan iPhone 4S mencecah empat juta unit dalam tempoh tiga hari sejak mula dijual di Jepun, Australia, Perancis, United Kingdom, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat pada 14 Oktober lalu.

Menurut syarikat pengeluar, Appe Inc., syarikat itu menerima lebih daripada sejuta tempahan secara talian dalam tempoh 24 jam sejak gajet itu mula dijual di beberapa negara, sekali gus melebihi 600,000 jualan iPhone 4. Woww memang dasat tu..

Saya cuba cari kelebihan iphone4S ni...antaranya:

1.2x ganda lebih pantas berbanding iPhone4
2. kamera 8megapixel
3.kemampuan merakam video full HD 
4. mempunyai 2 antenna atas dan bawah
5.Mempunyai masa bateri yang panjang

dan pastinya banyak lagi....wahhh patutlah kawan saya terkinja-kinja nak memilikinya, bakal masuk pasaran ke Malaysia akhir October, kata kawan lagi..


Berapa lama masa anda untuk blog setiap hari?

Hari ni dah pun Isnin kembali..sekejap je cuti 2 hari di hujung minggu. Nampaknya kurang blogwalking semasa 2 hari bercuti, sebabnya banyak habiskan masa dengan mengemas rumah... Nadhirah pulak ada exam akhir tahun bermula hari ni.


Pagi ni bangun pukul 5 mengadap blog, terfikir pulak nak buat entry mengenai tajuk di atas.



Berapa lama setiap hari anda berblog?

Ada tak kerja lain yang tertangguh hanya kerana anda terlebih waktu untuk blog?

Macam mana dengan hobi lain, adakah anda terpaksa lupakan hobi lain kerana lebih tumpuan pada blog?

Sebab apa saya bertanyakan soalan di atas, sebabnya saya ni kalau mengadap novel, terus tak ada masa untuk blog, kalau start tidur siang mulalah nak tidur lama-lama.

Kalau mengadap blog, terus tak ada masa untuk novel, tak ada masa untuk exercise, tak ada masa untuk TV, tak ada masa untuk tidur siang.

Maksudnya masa lapang saya dihabiskan dengan berblog. Masa lapang tak banyak, selepas ditolak dengan kerja-kerja rumah tangga, kerja lain yang lebih perlukan perhatian khusus daripada kita, itulah masa lapang saya...Itu sebabnya bila ada je masa lapang, terus mengadap blog..

Kadang-kadang tertanya jugak, blogger yang berjaya kerana banyak blogwalking, banyak entry tu habiskan masa berjam-jam lamanya kah ? Saya selalunya mengadap blog antara 2-4 jam kalau betul-betul free di hujung minggu. Kalau hari kerja, hanya dapat luangkan dalam masa sejam je , itu pun kalau rajin nak bangun awal pagi.


Oleh kerana ada sedikit niat di hati untuk mendapat duit daripada berblog ni, nak la setiap usaha tu dilakukan secara konsisten, tak nak la suka nak update entry baru update, suka nak blogwalking baru buat blogwalking. Buat masa sekarang ni kekangan masa selalu jadi alasan untuk saya sedangkan ramai blogger Berjaya tu adalah daripada kalangan mereka yang bekerja.

Jadi wahai sahabatku semua, sudi-sudikan la berkongsi rahsia kejayaan anda di dalam dunia blogging.


Terima kasihhhhhh

Langsing cara Selebriti Bollywood

Meh kita intai-intai cara selebriti Bollywood berdiet..mana tau dapat berbadan ala-ala mereka kalau pun tak dapat seseksi badan mereka tu..


Kareena Kapoor 

Pelakon seksi ni pernah menghadapi masalah berat badan macam kita jugak dulu, tapi beliau seorang yang begitu komited di dalam usaha untuk menurunkan berat tidak seperti tuan blog ini. 

Cara diet beliau adalah:
TIdak mengambil nasi dan roti canai dalam menu hariannya.
Meninggalkan tabiat memakan dadign.
Berjaya turunkan berat badan 12 kg dalam masa setahun
Mengambil sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air putih, jus buahan tanpa gula.


Rani Mukherjee

Badan beliau dikatakan berisi ketika berlakon di dalam filem KKHH .
Biasalah pelakon mana boleh dikatakan berisi, gemuk apatah lagi, laju dan drastik la mereka berusaha untuk turunkan berat badan.

Cara Rani pulak macam ni:
Katakan tidak pada makanan berlemak dan berminyak.
Beryoga
Bersenam di gym 3 kali seminggu

Hasilnya beliau dapat memakai pakaian bersaiz S berbanding dulu bersaiz L



Obesiti = Panjang Umur?

Mula-mula kita tengok dulu wajah dan badan salah seorang yang sedang menghadapi masalah obesiti di dalam dunia ini.

Tak sukanya tengok gambar ni tapi cuba berbangga dengan diri walaupun nampak buruk pada mata sendiri.

Ok berbalik kepada kisah panjang umur tadi tu, saya ada terjumpa rencana mengenai hal ni di dalam Majalah Harmoni yang terbaru.

Penelitian Universiti california, AS menjelaskan bahawa mereka yang obesiti mampu memiliki usia yang lebih panjang. *** kali pertama dengar fakta positif begini.

Selain itu, individu obes lebih mudah bebas daripada cengkaman penyakit berbahaya seperti diabetes Type 2,buah pinggang dan jantung sekiranya mereka mengamalkan pemakanan sihat.

Kajian itu turut menyarankan agar individu obes tidak terlalu ghairah dalam mengejar  hasrat untuk memiliki tubuh yang langsing. Ini kerana sifat ghairah dalam melakukan diet akan menyebabkan mereka lebih lapardna menjadi semakin gemuk.

Hmmm kadang-kadang rasa macam tak ada harapan je nak kurus bila melihatkan gambar di atas yang sungguh-sungguh bulat macam bonsai yang adik saya bela kat rumah tu.




Menara jam di Mekah punyai ”sentuhan anak Malaysia”




Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai ”sentuhan anak Malaysia”.

Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.

Katanya, menara itu memerlukan ”lightweight steel structure” untuk menyokong jam gergasi itu, dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar dari syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungjawab itu.

Uniknya, 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology itu juga terdiri daripada kumpulan anak muda dari Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia yang datang ke sini untuk mengerjakan haji dan umrah.

Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara-menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat. – Bernama

Bakar lemak.....tapi tambah semula lemak lepas tu..

Makcik bagi handphone beliau pada Umar , paw dia dengan games baru mama dapat aerobik


Selesai aerobik moh kita ke restoran...kali ni tak nak ke Restoran Pak Tam...sebab nak layan nafsu makan yang berkehendakkan laksam...bagus kan kami berdua ni? Yang sorang tu tak ada masalah berat badan,ok la makan tak ingat...yang obes tu apa hal, lebih-lebih je makan.


Kami ke Restoran Wau Bulan...dah pernah keluar Jalan-Jalan Cari Makan tahun lepas kot...





Umar order nasi lemak ayam goreng...

Laksam yang di order oleh makcik dan saya.


Lepas makan , pergi ke taman pulak...Umar nak main buaian...




Tuan blog yang mesra lemakkk he he....


UV Blog Jendela Hidup Makin Menurun

Saya memang setiap hari menjenguk ke ruangan ANALITIK NUFFNANG, mungkin bagi orang lain tak ada makna apa pun tapi pada saya tetap ada makna tersendiri.


Sepanjang minggu ni graf menurun sedikit demi sedikit hingga ke bawah 200UV. Hmm bukan senang nak maintain untuk apa jua perkara, perlukan usaha dan kesungguhan yang bukan sedikit.


Apa pun, berblog tetap diteruskan seperti biasa, tak kira graf turun atau menaik.


*** kawan-kawan ambil peduli tak tentang analitik blog anda ?






Bayaran bantuan persekolahan RM100 Disember ini


Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012, akan dibuat pada bulan Disember, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin hari ini.


"Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan itu,” katanya.


TPM yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan ini adalah pemberian kerajaan bagi mengurangkan bebanan ibubapa terutamanya bagi ibubapa yang mempunyai ramai anak.



Buat permulaan, bayaran akan dibuat melalui pihak sekolah dan ibu bapa akan menerima secara tunai kerana sekolah mempunyai rekod anak-anak mereka yang bersekolah.

Pelajar yang layak adalah mereka yang belajar di sekolah-sekolah yang didaftarkan di bawah sistem Kementerian Pelajaran Malaysia dan bukan untuk sekolah-sekolah persendirian.



Bibir-bibir yang seksi dan mungil..auwww!

Sungguh kreatif mereka yang bertanggujawab melakukan kerja-kerja sebegini...












Alhamdulillah, ini rezeki untuk kami.....

Kerabu Udang

Asam pedas ikan kembung, kuah agak cair....

Talapia goreng 

Ulaman

Sambal belacan pemalas he he...tak lumat

Kami makan dulu ye, anda tengok je la gambar kat blog ni ye hik hik



Sambungan kisah si kecil....

Dipendekkan cerita....ibunya datan keluar dari arah dapur dan saya perkenalkan diri dan bagitau tujuan kedatangan kami.

Dia sangkakan guru tadika yang datang hantar kerana cikgu tadika ada telefon dia memberitahu anak dia tu dah balik sebab tadika memang cuti semalam. Anaknya itu telah beberapa hari bercuti kerana demam, si abang telah memberitahu si ibu bahawa tadika bercuti semalam tapi ibu yang kalut nak ke tempat kerja pada waktu pagi semalam kurang perasan apa yang si abang tu cakap.

Si ibu tu adalah orang seberang, saya tak tau kerja apa, dia pun tak jemput saya masuk cuma bertanya adakah saya nak masuk dalam sebabnya lampu ruang tamu rosak, gelap..grill pun tak dibuka, kami hanya berborak di luar dan azan maghrib, kami sekeluarga berdiri di luar dan dia melayan kami dari dalam, bila azan maghrib berkumandang, saya minta izin untuk pulang.

Ntah la, rasa macam bingung-bingung je kejap lepas keluar dari pagar rumah tu..bukan apa, macam dia tak terkejut pun keadaan anak dia pada pagi tu..dia siap cakap "patut dia tu tunggu je sampai abang tu datang jemput pukul 11".

Malas nak fikir banyak-banyak lagi tentang hal itu, janji anak dia selamat di rumah selepas saya menghantarnya.

Itu je la kisahnya..memang saya tak sangka respons si ibu macam tak ada apa-apa pun namun beliau mengucapkan terimakasih kerana bersusah hantar anaknya pulang.

Untuk kita para ibu, jangan terlalu mengambil mudah perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan anak-anak kita terutama yang kecil sebegitu.



Andainya si kecil itu anak kita.....


Kisah ni berlaku pagi tadi selepas menghantar Nadhirah ke sekolah agama. Mulanya nampak budak kecil itu berdiri di tanah lapang belakang tadika Umar. Ketika itu kami bertiga menuju ke rumah transit untuk menghantar pakaian dan beg sekolah kebangsaan Nadhirah.

Ketika kami sampai di tadika Umar, budak kecil di belakang tadika tadi tu dah berada di depan tadika, kelihatan dia teragak-agak untuk melintas jalanraya yang sibuk dan berselekoh itu dengan deraian airmata.

Suami saya berhentikan kereta untuk turunkan Umar dan meluru ke arah budak kecil itu. Saya pulak masuk ke dalam tadika untuk menghantar Umar.

Cikgu tadika Umar ada menghampiri budak kecil itu , bertanyakan pada budak kecil itu nak kemana, mana mak ayah, mana rumah rumah..dia menangis dan tak begitu jelas butir percakapannya.

Rupanya budak kecil itu nak balik rumah yang terletak jauh sikit ke dalam yang mana perlu melintasi jalanraya yang sibuk sebelum masuk ke arah jalan rumahnya.

Mengikut cerita si kecil itu, mak ayah kerja, abang yang hantar dia ke tadika( terletak berhampiran sekolah agama Nadhirah). Dia tak tak tau tadika itu tutup hari ni dan tak tau nak balik sendiri.

Itu yang dia menangis-nangis agaknya, kerana terlalu takut...bukan perkara mudah bagi kita yang dewasa untuk melintas jalan yang sibuk begitu apatah lagi bagi budak sekecil itu. Sebenarnya ada traffic light di depan sana, tapi mungkin dia tidak biasa bersendirian begitu, jadi dia jadi termangu-mangu.

Saya menawarkan diri untuk menghantar si kecil itu...maka melintas la kami berdua dan berjalan kaki berpimpinan tangan. ..sambil berjalan tanya la nama dia...katanya nama Hakim, umur 6 tahun ( tingginya lebih kurang umar ).. abang dia ada kat rumah sekarang...

Agak berpeluh jugak la saya , maklumlah bawak lebihan lemak di badan....nampak je pagar rumah dia, terus dilepaskan tangan daripada genggaman saya dan berlari ke pintu rumah.. agaknya dia pun agak curiga dengan saya.

Sampai di rumah, si kecil ni memanggil nama si abang tapi tak ada sapa pun keluar, nasib baik dia jumpa kunci yang sememangnya diletakkan di tempat khas di luar rumah.

Berjalan semula ke tadika Umar dengan kepala yang sarat dengan pelbagai pertanyaan...adakah ibubapa si kecil itu tak tau hari ni tadika bercuti, atau cikgu tak maklumkan lebih atau bla bla...bila masuk je kereta, suami pulak ajukan pelbagai soalan.

Apa yang mampu kami lakukan time tu adalah berdoa semoga si kecil itu selamat di rumah dan petang nanti kami akan kembali ke rumah itu untuk berjumpa dengan ibubapa beliau. Menyesal juga sebab tidak mintak no telefon ibubapa dia....ishh saya ni kan memang kalut dan gelabah la..

Ketika di pejabat, kerap kali fikiran ni mengingati tentang si kecil tadi..yelah kan, zaman sekarang ni macam-macam cerita tentang penculikan kanak-kanak..ishhh tak sanggup nak bayangkan lebih-lebih...

Balik kerja tadi, kami anak beranak terus ke rumah si kecil tadi....sampai rumah, bagi salam dan si kecil dan si abang yang ada di ruang tamu, terus mereka berlari ke dapur memanggil si ibu...dannnnnnnn......


TUNGGU ENTRY SETERUSNYA UNTUK MENGETAHUI SAMBUNGAN KISAH INI.....