08 October 2011

Balik kampung - sentiasa teruja!

Dulu-dulu masa bujang, seminggu lagi nak balik kampung, beg dan siap letak tepi pintu ..tak sabar nak ke Hentian Putra, tak sabar nak naik bas, tak sabar nak sampai di kampung tercinta.

Dulu-dulu, sampai di Hentian Bas Tanjung, Kuala Terengganu awal-awal pagi, ramai pakai tumpang berteduh di surau kecil berdekatan hentian...tunggu Subuh dan tunggu hari siang. Lepas tu pakat jalan kaki menuju ke Stesyen Bas Kuala Terengganu. Bas ke kampung saya akan muncul sekitar jam 7.30 pagi..sempat la isi perut dengan nasi dagang dan teh panas dulu di stesyen bas tersebut.

Sampai rumah lebih kurang hampir pukul 9 pagi...lama kan perjalanan kami ketika dulu.....sakit badan sebab lama kena goncang dengan bas namun keseronokan menjejak kaki ke kampung halaman tak tergambar dengan kata-kata.....seronok sangat-sangat jumpa keluarga.

Kalau dah sampai kat kampung tu , biasanya plan pasal makan la agenda utama...bab berjalan-jalan ni kurang sebab kami memang jenis melepak kat rumah je ...makan itu penting..

**** apa makanan yang wajib kawan semua makan kalau balik kampung?

Saya selalu nak makan laksam, nasi kerabu, nasi dagang, kuih bom, kayu keramat,pulut gaul nyor ( ni makcik saya punya kesukaan)..itu untuk makan pagi...walhalnya bukan benda-benda susah nak dapat pun tapi saja lah nak makan benda tu dari kedai-kedai kesukaan sejak kecil.

Kalau petang, tak dapat keropok lekor , macam tak lengkap kehidupan...dapat pula ke Pantai Telipot, Batu Rakit ..makan ikan celup tepung, ABC, keropok lekor wajib ada, betul-betul mengadap laut..fuhhhh sejuk je rasa.

Lepas taip entry ni, saya perlu mengemas dan mata ni macam berat je walhalnya baru je bangun tidur ni.

** doakan saya selamat balik Terengganu dan selamat pula pulang ke Selayang Mulia.

16 comments:

  1. Hati hati di jalanan ya. Moga selamat pergi dan selamat kembali.

    Saya kalu balik kampung, mesti nak cuba cari Rojak dan Cendol tepi jalan!

    ReplyDelete
  2. selamat balik kampung k.aya...semoga selamat kembali ke Salayang Mulia juga. Makan nasi dagang ingat saya yea :-))

    ReplyDelete
  3. best nyer blk kg....
    sy setiap kali blk kg mesti pg ke Psr Cabang 3 atau psr manir..x blh miss hehe..

    ReplyDelete
  4. sy doakan kakaya selamat pergi dan pulang semula ke kl. pastinya sy dpt bygkan kegembiraan dan keseronokkan kakaya di kg tercinta bersama mak dan keluarga.

    menu special kat kg sy di NS waktu pagi ialah nasi lemak/pulut berserta keli sambal-jd rebutan ramai tak kira bangsa di satu kedai nie.

    ReplyDelete
  5. semoga selamat pergi dan balik..uii kopok lekor peberet saya!

    ReplyDelete
  6. selamat balik kg aya
    jgn lupa makan keropok lekor, ikan celop tepug dan lain2. Kenang akak bila makan...hihi

    ReplyDelete
  7. Semoga selamat tiba ke destinasi...seronoknya dapat pulang ke kampung...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Kak Aya

    moga selamat dlm perjalan dan dipermudahkan..

    ps:nak keropok lekor...he he (gurau ajer)

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Pergh!!!! Sedapnya keropok lekor...

    ReplyDelete
  10. Assalam Kak Aya, wahh best tu blk kg...nieza pun selalu teringat masa zaman study kat melaka dulu...seronok sgt bila cuti nak blk Penang.jauh dan penat dah tak fikir dah bila dah sampai kg..tapi sekrng dok jauh ni susah nak blk selalu la.

    semoga akak selamat pergi dan blk yer:)

    ReplyDelete
  11. Semoga selamat dalam perjalanan ye sis...

    ReplyDelete
  12. bestnya balik kampung...
    selamat pergi dan selamat kembali yer...

    ReplyDelete
  13. dulu2 naik bas kena tepat masa ikut jadual bas. skrg naik kereta... selalu aje bertangguh2 masa. keropok lekor selalu makan kat benteng, Kuantan.

    ReplyDelete
  14. Terima kasih yang datang baca dan komen entry ni...dapat makan nasi dagang dan keropok lekor ..memang satu kepuasan tak terhingga.

    maaf lambat reply komen.

    ReplyDelete