07 October 2011

Belanjawan Negara vs Belanjawan Sendiri

Tengok dan dengar sepintas lalu je pembentangan Belanjawan 2012 kat TV kejap tadi... bukan tak berminat, cuma tak banyak kelebihan untuk orang yang bekerja di syarikat swasta seperti saya suami isteri. 

Bagusnya tahun depan pendidikan rendah dan menengah adalah percuma.Itu yang dinikmati tak kira pekerja kerajaan atau pun swasta...mungkin ada banyak lagi kebaikan belanjawan tahun ni untuk pekerja swasta tapi saya tak begitu beri perhatian tadi.

Puncanya perhatian berkalih bila Umar menunjukkan surat pendaftaran tadika untuk 2012. Tengok jadual yuran bulanan dan tahunan terus terasa nak demam dan macam dengar tak dengar je apa yang PM tengah cakapkan.

Pendek kata tahun depan, yang pastinya perbelanjaan bulanan akan meningkat dengan kenaikan yuran bulanan tadika ...yuran pendaftaran pun mak aiiii kenapa la banyak sangat naiknya ni?

Kalau sebelum ni, saya mampu untuk langsaikan sendirian yuran bulanan dan pendaftaran tahunan, tahun ni saya surrender awal-awal, menyerahkan kepada si abah la pulak fikirkan semua tu...dah le tahun hutang bertambah, hutang mesra bank..

Saya cepat stress la kalau bab-bab perbelanjaan ni..pendek kata kalau berkaitan duit, cepat je jadi stress.

Esok nak belek paper, apa yang best dengan Belanjawan 2012 untuk kami pekerja sektor swasta yang sepenuhnya bergantung kepada majikan.

*** tidur dulu sebelum bertolak balik Terengganu awal-awal pagi esok.

5 comments:

  1. ada banyak kelebihan utk semua.. bkn utk kakitangan awam je kak aya.. ala.. semua org nampak kenaikan gaji kakitangan awam.. tp kalau rege semua naik.. sama jek

    ReplyDelete
  2. saya pun tak tengok sangat belanjawan tadi. Cuma baca sepintas lalu di blog kawan2, ramai cakap penjawat awam dapat bonus setengah bulan gaji...

    ReplyDelete
  3. smlm ptg pasang telinga jugak bila bigboss pasang radio nak dgr belanjawan... selalu mana ada on radio...

    ReplyDelete
  4. rasanya belanjawan ni tak bagi banyak perubahan pun ....kita tengok je la nanti..apa pun terima kasih kerana hapuskan yuran sekolah rendah dan menengah.

    ReplyDelete