03 October 2011

Campak bayi selepas bersalin dari tingkat 2!

Tadi masa nak naik atas untuk ke bilik komputer ni, sempat telinga ni menangkap berita dari Buletin Utama, seorang ibu mencampak bayi yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Selayang..aiikkk Selayang area mana agaknya ni..


Tapi tak sampai pun 2 jam selepas kejadian, suspek telah pun ditangkap polis.Baguslah, ingat boleh terlepas ke  dari hukuman buat kerja tak berperikemanusiaan begitu?


Apa la nak jadi dengan dunia hari ni...semalam dengar dalam berita kadar jenayah di M'sia makin menurun, kejadian-kejadian sebegini bukan salah satu jenayah ke?


Apa agaknya yang tak kena dengan masyarakat kita hari ni? Kurang pedoman atau kurang akal?


Ishh dah le hari ni pening kepala dengan kerja, balik kerja dengar pulak berita macam ni.


Semalam  Nadhirah bertanya, kenapa orang suka nak berzina tapi bila dapat baby main campak je?


Zina tu maknanya boleh kahwin tapi tak boleh ada anak ke?


Hmm susah betul nak susun ayat cerita pada anak-anak mengenai hal ni.


Nampaknya banyak benda kita nak kena jaga pada zaman moden ni, terutama bila anak-anak mula membesar.


Kadang-kadang saya tak berapa suka anak-anak baca cerita buang bayi ni tapi benda ni boleh dibaca kat mana-mana je.


Peranan ibubapa masa kini terasa begitu berat dan mencabar sekali. Kita perlu mencari ilmu keibubapaan, ilmu agama sebanyak mungkin untuk mendidik anak-anak generasi kini.





6 comments:

  1. Betul cakap kak aya, kalau anak-anak tanya lebih pasal benda-benda macam ni, memang terkulat-kulat kita nak menjawabnya...

    ReplyDelete
  2. itu la cik ton, naik pening kita nak bercerita pada mereka ni...dah tau sebut zina sekarang ni..dulu time kita mana ada pandai sebut perkataan mcm tu.

    ReplyDelete
  3. memang sedih bila dengar berita macam ni. kesian bayi yang tak berdosa tu :( nilai2 kemanusiaan semakin terhakis dalam diri umat Islam sekarang ni...

    ReplyDelete
  4. makbpk yg terkebil2 nak jawap soalan mcm nak jwp exam je kan..

    ReplyDelete
  5. sis...

    saya rasa si ibu pressure coz..ye la..mna tahu si bapa tu x nak mengaku anak dia..walhal waktu suka bukan main lg...bila terkontang kanting sesorg tu syaitan merasuk diri..
    dah le dok merantau...
    pilihan bg dia waktu tu tnpa bincang dgn mna-mna pihak buat keputsan sendiri..
    lg plak usia si ibu 19thn...
    silap hari bulan ...risau dia meroyan je nnti..
    ntah rahim dah bersih 100% ke x?..
    sedangkan kita yg bersalin HALAL ni pun kena check rahim bbetul ...risau meroyan je..
    mudahan da penyelesaiannya nanti
    bg sy hadap sekali si bapa budak tu..
    biar rasa sama-sama..

    ReplyDelete
  6. Princess solehah - saya setuju tu..nilai2 kemanusiaan semakin rendah dan masalah moral makin meningkat.


    puan zai - he he, tertelan air liur sekejap nak jawab soalan budak2 skrg.


    amaniammar - paling setuju kalau hadap lelaki tu sekali...selalunya yang lelaki terlepas gitu je dari pandangan masyarat, hanya perempuan menjadi mangsa selama ni...

    ReplyDelete