07 October 2011

Dah pun Jumaat.....

Minggu ni terasa sekejap je masa berlalu, sedar-sedar dah pun Jumaat. ..mungkin sebab sibuk dengan 'closing Q32011" membuatkan masa cepat sangat beredar pergi.


Pagi ni dah ada kerja-kerja penting menunggu di pejabat. Sahabat lagi sorang tu bercuti hari ni..nampaknya tak ada teman borak la ...nasib baik ada teman beremail..he he kata sibuk tapi masih berfikir untuk beremel-emel..yelah walaupun kerja sebumbung, bukan selalu jumpa..selalunya emel je lah yang merapatkan kami, selalunya bercerita mengenai kerja dan anak-anak.


Petang ni akan dibentangkan Belanjawan 2012,semoga ianya menjamin kesejahteraan semua rakyat terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah . Pekerja swasta pun inginkan pembelaan jugak, bukan takat pekerja sektor awam je.


Malam ni atau awal pagi esok , saya dan Umar akan balik kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara terdekat.


Nadhirah dan abah tak ikut...tinggal la mereka berdua untuk 3 hari di sini, menjalani kehidupan sebagai orang bujang he he.


Itu aja la cerita untuk hari ni..mungkin tak ada entry terbaru untuk beberapa hari ni.


** kawan-kawan pulak apa perancangan untuk hujung minggu ni?

7 comments:

  1. Belanjawan tu kadang2 lebih condong kepada kakitangan awam jer.

    Swasta ni ikut majikan punya belanjawan la nampaknya.

    ReplyDelete
  2. esok pun saya ada wedding invi kat kg..my cousin kawin :)

    ReplyDelete
  3. duduk rumah je kak aya

    tak sabar tunggu budget 2012

    ReplyDelete
  4. sy bila hr jumaat je mesti fikir masak2 dgn laudry utk esoknya...ehmmmm

    ReplyDelete
  5. Salam jumaat u..sama sama kite dengar pembentangan ri ni yer...tak sabar rasanye

    ReplyDelete
  6. tak pegi mana.ahad pun keje kak aya..:)

    ReplyDelete
  7. hujung minggu ni tak ke mana cuma esok pagi ada makan-makan sikit dengan adik-adik praktikal hehe

    ReplyDelete