18 October 2011

iPhone 4S - Ada minat?


Ada seorang sahabat yang suka sangat tukar-tukar handphone,keluar je model baru mesti dia pasang niat nak tukar..hari tu pakai HTC sekarang nak iPhone 4S pulak...saya akui memang ketingalan bab-bab gajet ni.

Tadi cuba-cuba cari info mengenai iPhone4s ni...ada berita dari Utusan Online mengatakan Jualan iPhone 4S mencecah empat juta unit dalam tempoh tiga hari sejak mula dijual di Jepun, Australia, Perancis, United Kingdom, Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat pada 14 Oktober lalu.

Menurut syarikat pengeluar, Appe Inc., syarikat itu menerima lebih daripada sejuta tempahan secara talian dalam tempoh 24 jam sejak gajet itu mula dijual di beberapa negara, sekali gus melebihi 600,000 jualan iPhone 4. Woww memang dasat tu..

Saya cuba cari kelebihan iphone4S ni...antaranya:

1.2x ganda lebih pantas berbanding iPhone4
2. kamera 8megapixel
3.kemampuan merakam video full HD 
4. mempunyai 2 antenna atas dan bawah
5.Mempunyai masa bateri yang panjang

dan pastinya banyak lagi....wahhh patutlah kawan saya terkinja-kinja nak memilikinya, bakal masuk pasaran ke Malaysia akhir October, kata kawan lagi..

3 comments:

  1. Minat!! Tapi setakat minat je lah kak aya. Nak beli tu tidak lah kut... Mahallah.. :D

    ReplyDelete
  2. tak berminat tapi kalau ada orang nak bagi free amik je..tak mampulah..

    ReplyDelete
  3. tak ..kalau saya nak beli samsung yg latest tu nama apa tah lupa pula ..tp tetap tk beli kot.. heheh

    ReplyDelete