Kembung , Kentut, Sengkak

Saat entry ini ditaip, semua isi rumah dah pun tidur kecuali tuan punya jari jemari yang menekan keyboard PC.


Malam ni perut tak selesa, kekembungan yang amat parah rasanya..biasalah kalau pagi tadi minum teh lebih sikit daripada biasa, malamnya siaplah menanggung bahananya.


Bukan banyak sangat pun minum, segelas kongsi dua, mungkin Umar tak begitu berselera kerana lelah, mama yang banyak habiskan baki teh tersebut.


Bila perut penuh angin, ada 3 kemungkinan yang sering saya hadapi.


1. mengelarkan gas beracun yang boleh menyebabkan kebencian orang sekeliling di dalam rumah


2. Rasa sengkak dalam perut kalau angin tak dapat keluar, ini boleh membuatkan diri tersiksa sangat-sangat.


3. Mata sukar nak lena.


ada kawan syorkan minum air halia, sapu krim halia untuk hilangkan kembung perut ni.


Minum air halia ni kadang-kadang buat, kadang-kadang terlupa langsung.


Sapu krim halia yang Nora Danish pakai tu rasanya dah banyak pek dah...masih juga mengalami kembung, perut pun kekal buncit ( mungkin tak konsisten penggunaannya)


Lebih baik kentut daripada angin penuh dalam badan dan menjadi sengkak perut, sengkak dada..itu la yang sebabkan menggelisah dan keras mata, macam malam ni.


** ada tak sesiapa macam saya ni?

4 comments :

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

always la kak aya.. hehehe

Kak Aya said... [Reply to Comments]

he he....sama la kita, chekgu kalau mcm tu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said... [Reply to Comments]

hehe...saya plg takut kembung.nak kentut x blh.nak sendawa tak blh..gelisah tak abis2.air halia saya tak pernah minum.tak suka

Kak Aya said... [Reply to Comments]

LM - mmg lah, sebab tu la baby kalau kembung perut boleh meragam sepanjang malam..

Post a Comment