Penjelasan Fida Ibrahim tentang isu tudung.

Sedikit penjelasan Fida tentang isu tudung, kredit untuk Beatifulnara.com.


"Ketika Aidilfitri baru-baru ini, saya datang ke Johor untuk beraya di rumah keluarga Mamat. Selepas memperolehi pasport, kami bercuti di Singapura, saya tak pernah ke sana. Tapi kami balik hari, namun apabila ke Batam, kami menginap di situ. Ketika berada di Batam, Mamat ambil gambar saya yang menampakkan sebahagian rambut itu dan dia juga memuat turun gambar tersebut di internet.


Bagi saya , gambar itu sangat peribadi, saya pernah cakap dengan Mamat, gambar peribadi adalah untuk simpanan peribadi. Apabila gambar itu tersebar di internet, saya baca alasan Mamat , dia tak perasan dan kepada sesetengah media masa pula, beliau menjelaskan tindakan itu disebabkan matanya rabun. Saya tak boleh terima alasan Mamat. Kesannya adalah saya, bertalu-talu kena hentam. Saya terkilan dengan perbuatan Mamat. Sebaik saja mengetahui mengenai penyebaran gambar berkenaan, saya ada tanya dia kenapa? Bagi saya alasan yang diberikan Mamat, nampak dirinya tidak matang. Namun selepas itu, sudah berminggu-minggu kami tidak bercakap mahupun berjumpa.


Tujuan asal saya bertudung kerana mahu menutup aurat, kini saya terpengaruh dengan fesyen. Fesyen bertudung saya hari ini tiada kena mengena dengan sesiapa, termasuk Mamat. Namun selepas menyedari ada pihak yang tidak dengan fesyen tudung yang saya kenakan, saya minta maaf kepada puhak yang tersinggung. Saya tidak lepas daripada melakukan kesilapan."


KLIK SINI UNTUK BACA SEPENUHNYA.


Moga-moga Fida dapat berfikir tentang hikmah di atas semua kejadian ini.


2 comments :

kasihredha said... [Reply to Comments]

banyak betul kontroversi fida ni ye

Anonymous said... [Reply to Comments]

tak payah lah si fida bercinta ngan si mamat tu..byk lagi lelaki yg kat luar tu yg sesuai sgt dengan fida..saya doakan yg terbaik untuk fida

Post a Comment