19 October 2011

Rashidi Ishak ( Suami Vanidah ) terima Ijazah selepas 7 tahun

Wow lamanya Rashidi mengambil masa untuk menerima Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang komunikasi dari UPM.


Saya selalu rasa bangga melihat kejayaan orang di dalam bidang pelajaran, mungkin kerana tidak berpeluang untuk merasainya..tapi siapa tau mungkin lepas anak-anak dah besar sikit, saya kembali menyambung pelajaran?








Saya membaca kisah Rashidi ni di MStar Online..sedikit sedutan kata-kata Rashidi:



"Saya sangat bangga kerana akhirnya dapat juga menamatkan pengajian dan saya mungkin pelajar paling lama di Fakulti Bahasa dan komunikasi, UPM ini.
"Berbagai rintangan terpaksa saya lalui untuk menghabiskan pengajian ini kerana saya terpaksa tangguh dua disebabkan sibuk menjalani penggambaran drama dan filem," katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen UPM, di sini, Selasa.
"Biarpun saya sudah mempunyai kerjaya tetapi ijazah ini adalah satu kepuasan buat diri sendiri, lagi pula saya mahu anak-anak saya tahu betapa pentingnya ilmu dan pelajaran.
"Insya-Allah, kini saya memasang impian untuk terus belajar di peringkat lebih tinggi," katanya.
Baguslah walaupun sudah bergelar pelakon terkenal, perasaan ingin mendalami ilmu masih ada, tidak seperti sesetengah artis, tak ada ilmu tetapi cuba tunjuk macam berilmu..
** kawan-kawan, ada yang masih belajar selepas berumahtangga?

6 comments:

  1. alhamdulillah.. tahniah to them kak aya.. saya pun masih belajar even sudah berumatangga.. ni dok berkira nak mntk sambung utk ph.D..cuma was2 sbb takut tak dapat cuti bergaji penuh.. huhu

    ReplyDelete
  2. niat di hati tu naksambung master, tp dah master 3 orang ni, hold dulu la jawabnya.huhu~~

    ReplyDelete
  3. Kakak beljar masa kerja adalah sebab keluarga kakak dulu miskin, masa jadi secretaray di satu sykt tu kakak sambung belajar. Tapi dah kawen ni tak adalah lagi.

    ReplyDelete
  4. Memang teringin nak sambung tapi anak² kecik lagi.. Nanti tak leh nak concentrate

    ReplyDelete
  5. Bagus la pasangan nie... sy lak terus keje lepas sekolah huhu

    ReplyDelete
  6. chekgu - bagusnya chekgu..sambung la lagi....


    Tini -tunggu yang ke 3 keluar dulu la.


    Kak Zakie - lebih kurang la dgn kisah saya..



    Syani - nanti anak dah besar boleh sambung semula.

    JH - bagus jugak terus kerja, dpt bantu keluarga, sama mcm kak aya.

    ReplyDelete