salah mulut ke? mengata dan menyibuk?


Kadang-kadang rasa pelik dengan sesetengah manusia ni..suka sangat mengambil tau perkara yang tidak mendatangkan faedah kepada sesiapa pun.

Antara perkara yang sering orang sibuk nak tau tentang diri saya yang bukan artis ni

‘ awak ni bila nak tambah ahli keluarga lagi? Tak kan cukup 2 je kot….esok-esok dah tua mesti bosan sebab anak ada 2 je, mereka mesti bawak haluan sendiri”

Soalan di atas tu memang sungguh-sungguh popular ditanya orang secara langsung pada saya, sekarang makin kerap ditanya bila salah seorang kawan rapat saya sedang mengandung anak ke 3…

2 jawapan yang sering keluar dari mulut saya, salah satu akan digunakan bergantung pada situasi dan orang yang bertanya.

 "belum ada rezeki (jawapan paling popular)"

" dah tua la ,cukup la kot dapat sepasang, sekarang ni perbelanjaan semua tinggi, didik yang dua ni sebaik Mungkin lebih baik daripada ramai tapi terabai – (kedua popular)"

Itu soalan yang orang tanya secara terus kepada saya, ada jugak soalan yang ditanya kepada orang lain , Mungkin orang lain tu boleh menjawab bagi pihak saya atau orang lain itu akan menyampaikan soalan itu kepada saya.

“Rohaya tu macam tak kisah je gemuk macam tu, dia tak takut suami dia cari lain ke?”

“tak faham la dengan Rohaya tu, kerja dah berbelas tahun tapi dengan kita-kita ni masih lagi dia tunjuk sombong, dia memang jenis macam tu ke“?

Saya tak ada jawapan khusus kerana selalunya bila orang sampaikan pada saya, senyuman je yang dapat diukirkan sebagai jawapan he he..


Sebenarnya tak banyak soalan pun yang orang ingin tau pasal diri saya ..Cuma saya ni memang jenis tak reti bergaul, bila orang tanya-tanya terasa kurang selesa sikit, lagi pun kita tak ada nak kecoh-kecoh ambil tau pasal mereka pun..


*** kawan-kawan ada tak yang berdepan dengan situasi begini?



7 comments :

Chekgu Azrine said... [Reply to Comments]

Sis..bila nk tmbh ank..hehe..saya gurau je sis.
Huhu..byk giler sis org camni..tp saya rasa bttr dia tya depan sis..instead of ckp blkgkan??biasa la..manusia ni dh lumrahnya suka ambk thu..lg kita nk sorok..lg dorg nk korek..saba ye kak aya..

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

soalan tentang ank tu memang popular sgtlah..

tp klu komen sy gemuk memang nak kena pelangkung.hehe gurau jer..

sy ramah tamah jugaklah n senang bergaul dan mudah mesra..tp kadang2 sy sendiri takut nak cakap lebih2 dengan org sbb nti dicop mulut murai.hahaha..

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

hmmm ada jua kakaya sy dpt soklan camtu, jawapan sy pun lebih ke jawapan no dua... tp emang betul tu... kena jaga kualiti zaman skrg bukan kuantiti..huhu pendapat sy lah..

S.U.F.E.E.N.A.N said... [Reply to Comments]

Hihi kak aya..tu laa dia orang kita..suka sgt amek peduli tepi kain orang sampaikan kain sendiri dah koyak rabak pun tak perasan buleh..!kat mesia ke..kat uk ke..kat mana2 jer..selagimana ada orang melayu kita..itulah perangai yg dibawa ke mana2..huhuh..sabaaa jelah!

mel haslina amir said... [Reply to Comments]

ala k.aya,mulut manusia ni biasalah,,sikit2 nk mengata org,kalau kita fikir,sakit hati kita jer,,tambah kedut kat muka,,selalu sy fikir kalau kita susah,ada diorang tolong x,,terus tolak tepi kata2 mereka..sabor je la kita ni

kasihredha said... [Reply to Comments]

jawap je no comment(jawapan artis)..hihi

akak pun selalu diajukan pertanyaan(dulu2) tak nak anak perempuan ke?
jawapan akak : sure le nak, tapi tak semua apa yg kita nak Allah kabulkan...dah cukup bersyukur ada 3 anak ...mungkin akak lebih sesuai mjaga anak lelaki...hanya Allah tau yg terbaik unk hambanya...panjangkan jawapan akak pada orang2 busy body ni....hihi

Kak Aya said... [Reply to Comments]

he he betul la kan, jangan ambik pot ...selagi kita tak kacau hidup orang, tak sakitkan hati orang, jalani rutin seperti biasa.

Post a Comment