15 October 2011

Sambungan kisah si kecil....

Dipendekkan cerita....ibunya datan keluar dari arah dapur dan saya perkenalkan diri dan bagitau tujuan kedatangan kami.

Dia sangkakan guru tadika yang datang hantar kerana cikgu tadika ada telefon dia memberitahu anak dia tu dah balik sebab tadika memang cuti semalam. Anaknya itu telah beberapa hari bercuti kerana demam, si abang telah memberitahu si ibu bahawa tadika bercuti semalam tapi ibu yang kalut nak ke tempat kerja pada waktu pagi semalam kurang perasan apa yang si abang tu cakap.

Si ibu tu adalah orang seberang, saya tak tau kerja apa, dia pun tak jemput saya masuk cuma bertanya adakah saya nak masuk dalam sebabnya lampu ruang tamu rosak, gelap..grill pun tak dibuka, kami hanya berborak di luar dan azan maghrib, kami sekeluarga berdiri di luar dan dia melayan kami dari dalam, bila azan maghrib berkumandang, saya minta izin untuk pulang.

Ntah la, rasa macam bingung-bingung je kejap lepas keluar dari pagar rumah tu..bukan apa, macam dia tak terkejut pun keadaan anak dia pada pagi tu..dia siap cakap "patut dia tu tunggu je sampai abang tu datang jemput pukul 11".

Malas nak fikir banyak-banyak lagi tentang hal itu, janji anak dia selamat di rumah selepas saya menghantarnya.

Itu je la kisahnya..memang saya tak sangka respons si ibu macam tak ada apa-apa pun namun beliau mengucapkan terimakasih kerana bersusah hantar anaknya pulang.

Untuk kita para ibu, jangan terlalu mengambil mudah perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan anak-anak kita terutama yang kecil sebegitu.


2 comments:

  1. hmm.. pttla dia tak tahu anak dia tak sekolah.. sbb dia sndiri pun tak kisah kalau sek ke tak.. sbb dia tak penah ambik kisah kot kak aya

    ReplyDelete
  2. sikap sambil lewa nie kdg2 membawa padah..tp minta jauh la perkara ya tak diingini di kalangan kita hendaknya...

    kalu ye pun puas lah anak dia nak tunggu sampai jam 11, meraung kat dpn jln sesak sorang2..

    ReplyDelete